Saturday, June 4, 2011

MyStory: TRIP TO BEIJING-3rd Day: Story 15

Olympic Stadium-Birds Nest & Water Cube

photo dari google


OK..skrg kami dibawa ke Stadium Nasional Beijing atau lebih popular di sebut Sarang Burung. Kenapa sarang burung, sebab bentuk stadum itu seperti sarang burung.

Untuk sampai ke kawasan ini, kami berjalan agak jauh dari tempat parking kereta. Dengan keadaan cuaca yg sejuk dan angin yg kuat membuatkan kami rasa tak boleh nak berjalan. Ramai orang menjual layang2. Anak2 pun apa lagi, masing2 nak membeli. Utk masuk ke dlm kawasan yg lebih berdekatan beg kena scan.

Dari kawasan yg sama, terdapat juga pusat akuatik yg di sebut water cube. Dengan hanya memusingkan sedikit kedudukan berdiri, di belakang berlatarkan water cube pula.








Kawasan ini agak lapang dan luas, so anak2 apa lagi berlari dan berjalan sepuas hati.



Info dari Google
Stadium Nasional Beijing juga dikenali sebagai Stadium Nasional atau "Sarang Burung" di Olympic Green di Beijing, China yang siap sepenuhnya pada Mac 2008. Stadium ini telah menganjurkan pertandingan sukan olahraga untuk Sukan Olimpik 2008, juga sebagai majlis perasmian dan penutupan Sukan Olimpik 2008. Ia terletak bersebelahan dengan Pusat Akuatik Nasional Beijing.

Stadium ini boleh menampung muatan sebanyak 91,000 penonton ketika Olimpik berlangsung. Kapasiti itu akan diturunkan kepada 80,000 selepas temasya Olimpik. Stadium ini mempunya 330 meter panjang dan juga 220 meter lebar, dan 69.2 meter tinggi. Stadium ini menggunakan 258,000 meter persegi bagi lapisan ruang dan 204,000 meter persegi bagi kawasan tanah yang digunakan. Ia dibina dengan 36 km keluli yang tidak diturap, dengan berat campuran sebanyak 45,000 tan. Stadium turut mempunyai 11,000 meter persegi bagi bilik bawah tanah dengan dinding kalis air. Stadium ini menelan kos sehingga 3.5 bilion yuan (423 juta USD).

Oleh sebab kos yang melambung tinggi, rancangan untuk membina satu bumbung yang boleh ditarik balik untuk stadium ini telah dibatalkan. Pakar kejuruteraan juga menyokong keputusan ini, dengan alasan stadium akan lebih selamat.
Selepas tamat pembinaan, stadium ini akan dilengkapi dengan sistem Solar PV yang disalurkan oleh Suntech Power.


Pusat Akuatik-Water Cube
Pusat Akuatik Nasional Beijing juga dikenali sebagai "kuib air" merupakan pusat akuatik yang dibina bersebelahan dengan Stadium Nasional Beijing di Olympic Green bagi Sukan Olimpik 2008. Aktiviti pembinaan mula dijalankan pada 24 Disember 2003.

Pusat Akuatik akan menganjurkan acara Renang, Terjun, dan Renang berirama semasa berlangsungnya Sukan Olimpik 2008. Acara polo air sebenarnya dirancang untuk dianjurkan di venue ini tetapi dialihkan ke Natatorium Ying Yang.

Pusat Akuatik Kebangsaan Beijing direka oleh PTW Architects, dan CSCEC International Design and Arup with structural Engineers Arup conceiving the structure.
Dibina bersebelahan dengan stadium kebangsaan Beijing (Bird's Nest), struktur ini berasaskan rangka keluli dengan teknologi yang asalnya untuk kegunaan angkasa lepas. Setiap rangka keluli tersebut mempunyai polimer seperti cermin air yang membenarkan kadar penembusan cahaya lebih baik daripada cermin biasa dan dipercayai dapat menjimatkan penggunaan tenaga sehingga 30%.
'Water cube' mampu menampung sehingga 17,000 penonton pada acara air semasa sukan Olimpik Beijing nanti. Struktur mega ini dibina atas keluasan sehingga 65,000 kaki persegi.
Menurut sumber, water cube akan dijadikan pusat aktiviti riadah untuk kegunaan orang ramai selepas sukan olimpik nanti.
(pautan dari http://apesaje.110mb.com)
 
Inilah gambarnya pd waktu malam, memang cantik coz berwarna-warni.



Story 16: Aktiviti Shopping

No comments:

Post a Comment