Tuesday, June 28, 2011

MyStory: SUKAN TAHUNAN SKSRM-26 June 2011

 Ini adalah sukan tahunan Sek Keb Sg. Ramal Dalam tahun 2011, sek Areef. Sebenarnya mama dah salah tengok tarikh masa surat cikgu bagi. Untuk Tahun 1, ada acara sukaneka pada 23hb June lalu. Mama ingat hari khamis niiii...(30 June), sebab mama tak perasan, so mama atau ayah tak pegi laaa ke acara sukanena tuuu.... Balik keje petang tuuuu...Areef ckp.... 'kenapa tadi mama ngan ayah tak datang sek areef...semua emak/ayah orang lain datang' sambil tunjuk hadiah yg dia menang.... mama tanya...'ada apa kat sek abang tadi'. 'hari ni kan sukan kat sek areef'.... alamakkk.. mama terus tengok surat cikgu bagi tuuu..... alaaaa...kesiann...mama tak perasan tarikh 23hb tuuu.... Atas surat tu ada 2 tarikh sambutan sukan... 1 tarikh untuk acara sukaneka dan 1 tarikh lagi utk Temasya Sukan Tahunan. Mata mama hanya nampak utk acara Temasya Sukan tu...tarikh 26 Jun 2011 di Stadium Sukan UKM, Areef masuk 2 acara, lari 100 meter dan 4x100 meter.


So pagi 26hb tuu...kami pegi laaa ke Stadium Sukan di UKM. Sampai kat stadium...mama perasan..kenapa murid2 besar jeee yg ramai. Murid2 tahun 1 ada 5 kelas...so mama jangkakan mesti ada paling kurang 50 orang murid tahun 1 akan hadir. Masa perbarisan....tak sampai 10 orang pun tahun 1. Ada kawan2 Areef yg mama kenal tapi takde pun datang. Dah balik dalam kereta baru Areef cakap....'murid2 yg cikgu pilih saja datang ke Temasya Sukan kat sini, dalam kelas Areef, cuma 2 orang je yg terpilih'....emmmm...mcm tu pulak.


Acara sukan belum habis, kami dah balik. Azeem dah mengantuk, lagipun acara sukan abang dan habis. Abang dapat no 4, so tak dapatlah hadiah. Takpe...nanti tahun depan...abang lari kuat lagi yeee....

No comments:

Post a Comment