Wednesday, August 24, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum,

emmm....raya telah semakin hampir....plan kami sekeluarga akan balik Teluk Intan dulu, hari Isnin kami akan flight untuk balik ke Sabah pula. Apa pun kubur kubur emak/ayah kena pegi dulu, baru mungkin hati Mama rasa tenang.

Tidak ada persediaan yg istimewa untuk raya kali ni. Sambutan sama je dengan raya2 tahun lepas. Kesian kat keluarga di Sg. Manik, coz Mama 1 family tidak beraya di sana. Sib baik Sg. Manik tu dekat, so bleh balik bila2 masa walaupun tak raya.

Kepada semua saudara-mara, sanak-saudara dan kenalan Mama, Mama ingin menyusun 10jari tanda kemaafan buat kalian semua. Sekiaranya terdapat salah-silap, terlebih-terkurang mohon kemaafan dan keikhlasan.

Tuesday, August 23, 2011

MyStory: BERBUKA PUASA DI MUARA-KLANG

Assalamualaikum,

Sepanjang bulan puasa, boleh dikatakan kami hanya berbuka di rumah sahaja. Masak dan beli skit2 lauk di luar. 1 day Ayah bagi cadangan, apa kata next week kita berbuka kat luar. Mama suruh ayah pilih tempat. Last2 kami bersetuju utk pergi ke Muara di Klang.


Kami pilih hari Sabtu utk makan2 di sana supaya senang nak pegi/balik. Bila hari2 bekerja faham2 je laaa...penatnya lebih. 3 hari sebelum kami kesana Mama dah call utk buat booking tempat. Kalau tak booking....alamat tak bertempat dan tunggu orang lain siap makan dulu laaa jawapnya.
Lepas solat asar kami bertolak ke Klang. Alhamdulillah...hampir pukul 6 juga baru sampai kesana. Mama turun dulu tgk tempat yg dah booking and lepas tuuu..terus pilih makanan laut yg hendak di masak. Lepas pilih beratur punya laaa panjang nak timbang dan pilihan utk masakan.







inilah hasil tangkapan ku, tp lepas Ayah tengok dia tambah lagi beberapa ekor ikan.


nampak tuuu...ada agar2 pandan bersantan, Mama bawa dari rumah.




kenapa Areef ni pejam mata pulak?

dekat tepi2 benteng tuu ada ramai orang berjualan. Ada pulak tuu orang jual mercun...so apa lagi anak2 ku sangkut kat situ laaaa...

Tuesday, August 9, 2011

MyStory: ON9SHOPPINGCORNER: S A L E

Assalamualaikum,
Untuk pengetahuan kawan2 dan pelanggan di luar semua, mulai 15hb Ogos ini Mama telah memindahkan segala urusan jualan tudung2 dan brg2 jualan yg lain ke dalam blog Mama yg baru http://on9shoppingcorner.blogspot.com/. Dengan itu blog MyStory hanyalah akan dimuatkan dengan story-mory berkaitan kisah2 Mama, Family, Saudara-mara serta Kawan2.

Bersempena dengan pembukaan blog tersebut, Mama akan membuat JUALAN LELONG atau Clearance Sale untuk menghabiskan stok2 tudung yang kebanyakkan hanya tinggal satu-satu sahaja lagi. Dengan itu anda semua dijemput untuk membeli tudung2 yang akan di lelong dengan harga yang amat murah..... murahhh....bersempena dengan kedatangan Syawal yang tidak lama lagi.

Selamat membeli.....

Thursday, August 4, 2011

MyStory: MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SAUDARA-24 JULY

Assalamualaikum...

Pd 24hb Julai lalu Mama berpeluang menghadiri majlis perkahwinan anak saudara sebelah Ayah. Perkahwinan anak Abang yang diadakan di Kem Paya Jaras Sg. Buluh. Satu-satunya abang ayah yang berada di Semenanjung dan ini adalah anak perempuan sulungnya berkahwin. Anaknya ni kembar sepasang, tapi jodoh telah sampai kepada yg perempuan dahulu.

Kenapa buat dalam Kem? Oooo...abang ipar Mama tu seorang Tentera, mungkin sebab itu mereka boleh mengadakan majlis di dewan dalam Kem. Semuanya di uruskan oleh tentera.

Mari kita layan gambar2 yang Alia/Mama ambik.




ada rupa adik beradik tak?

Selesai menghadiri majlis, Mama singgah di salah satu Flat Tentera dalam Kem tesebut untuk menziarah kawan lama Mama. Kami tinggal sama semasa dok bujang di kampung baru, 10 tahun lalu. Cuma masa jumpa kawan Mama tu, lupa laaa plak nak ambil gambar dgn dia. Jika tidak ada laaa kenangan untuk di lihat2 bila teringatkan masa2 lampau...

Wednesday, August 3, 2011

MyStory: TAZKIRAH & JAMUAN JUMAAT - 22 JULY


Seperti telah menjadi satu amalan di syarikat tmpt Mama bekerja ini kami akan memanggil mana2 Ustaz untuk memberikan ceramah agama bulanan. Bersempena dgn kedatangan bulan Ramadhan 2 minggu lagi, Ustaz yg dijemput memberikan tazkirah berkaitan Ramadhan, Persediaan menghadapi Ramadhan, amalan2 terbaik sepanjang bulan Ramadhan dan sambutan menghadapi Aidilfitri.

Selepas 1 jam ceramah diadakan, sedikit jamuan ringan dihidangkan untuk kakitangan syarikat.





Pd pukul 11.30pagi Mama menerima perkhabaran yg menyedihkan, Abang sulung Mama Zainal Abidin telah kembali kerahmatullan. Walaupun Mama telah sempat menemui abang 2 hari sebelum dia pergi, Mama tetap merasa sedih kerana mengenangkan arwah mak yg juga telah pergi dalam jarak 3 minggu dari arwah abang. Siapakah kita untuk melawan takdir yg telah Allah tetapkan. Apakan daya dah itu janji mereka dengan Allah.
Selepas solat Jumaat, Mama, Ayah dan Alia bertolak ke rumah abang di Sabah Bernam. Kami hanya sempat menemui jenazah semasa hendak di bawa ke kubur pada pukul 5.30 petang. Alhamdulillah segalanya telah selesai dan pada malam tersebut setelah kenduri Tahlil, Mama balik ke Bangi semula.

Tuesday, August 2, 2011

MyStory: SALAM RAMADHAN 1432

Assalamualaikum,


Shukur Alhamdulillah, Mama masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan kali ini. Begitu juga hendak buat kawan2 dan kenalan di luar sana, semoga semuanya sihat sepanjang menjalani ibadah puasa.

Malam pertama Ramadhan, Mama, Ayah dan Alia pergi ke Masjid Al-Hasanah di Seksyen 9. Sebab pegi dah lambat, so kenalah solat kat luar. Mama pun tak kisah, coz kat luar angin bertiup lembut. Ramai gak yg dok dalam keluar, mungkin panas kot.

Hari ini adalah hari ke-2 umat Islam berpuasa. Sedikit perbezaan kerana tahun ini Mama tak perlu nak tergocoh-gocoh balik kerja untuk membeli juadah berbuka coz dekat rumah dah ada orang yg masak. Tapi semalam dah pesan kat Ayah, beli gak laaa..kuih sikit2 untuk pemanis mulut selain buah kurma.
Anak2  berpuasa pagi jeee... masuk tengahari dah mula merengek. Last juga buka juga laaa...

Perasaan Mama menyambut Ramadhan dan Aidilfitri kali ni agak sedikit sedih kerana Ibu yg tersayang dan Abang telah pergi buat selama2nya pd bulan Rejab dan Sya'aban yg lalu. Demi anak2 Mama buat juga persiapan ala-kadar agar tidak membazir. Tempah baju, kuih-muih dan sedikit persiapan untuk balik beraya ke rumah mertua di Sabah.

Pd petang tadi, Mama singgah Pasar Ramadhan di Desa Tasik, dekat skit laaa dengan office, itu pun semata-mata nak cari kuih kolle kacang (mcm tu ke ejanya..). Masa Mama singgah, jam baru pukul 4.45 petang, so kira orang tak ramai lagi laaa...lengang jeee...




Kepada semua kawan2 dan pelanggan2 yg telah membeli tudung2 Mama, Terima Kasih dan Selamat Berpuasa.

Monday, August 1, 2011

MyStory: JAMUAN DEPARTMENT ADMIN-28 JULY

Assalamualaikum,

Hari ni stat pose, tapi Mama nak citer pasal makan-makan last week. Memang meriah kami kat office niii... tinggal beberapa hari lagi nak puasa, kejenya makan jeee... hari ni kami buat port-luck untuk admin dept. Sikit sorang bawa makanan dan masak nasi kat office. Peruik nasi...? bawa laaaa...apa susah.

Walaupun sorang bawa 1 atau 2 jenis lauk, bila dah kumpul2 jadi banyak lerr plak. Memang seronok bila ckp bab makan, lepas makan perut jadi kenyang....Alhamdulillah.


layannnnn....