Friday, December 30, 2011

MyStory: LIST BARANG DAPUR

Salam manis buat semua pembaca..... hari ini 30hb Dis Mama cuti, coz nk uruskan perihal sek anak2 Mama niii. Ayah pun ambil cuti juga.

Sebelum ke langkah pertama, pagi2 lg Mama dah suruh Alia ambil 'oder' dari bibik, senarai barang2 keperluan dapur utk mggu ini. 1 jam selepas itu, Mama cek apa yg Alia tulis.....mak aiiiii....boleh ke aku baca ni....ini kali ke-2 dia dia ambil oder dr bibik. Kali pertama dulu, Mama tak sempat nak ambil gambar, coz memang Mama tak faham nk baca...so masa nk pg beli brg2 tu kena laaa bawa dia, coz dia je yg faham tulisan dia.



Acara pertama pagi tadi adalah ke Tadika Alia utk register tahun 6. Lebih kurang 20 minit semua selesai utk urusan Alia.
Acara ke-2, kami pergi ke Sek Agama Tafiz Areef pula. Urusan selesai dalam 30 minit.
Acara ke-3, ke Sek. Keb. Sg. Ramal Dalam utk membeli buku2 sek abang pula. Selesai dalam masa kurang dari 30 minit.
Acara ke-4 ni diluar perancangan asal...coz tetiba Ayah request nak pegi ke Maybank di Puchong. Hampir 2 jam di sana.
Balik ke rmh coz ayah nak pegi solat jumaat.
Acara ke-5 Mama dan Areef pg ke kedai Hari-hari di area Giant Kajang tu utk beli baju sek agama.
Selepas Ayah balik solat jumaat, pukul 3, kami ke Tesco kajang utk memberi barang2 dapur. Agak2 pembaca tentu boleh baca tulis Alia tuuu....ada yg betul, ada yg ikut bunyi sj, ada yg ikut rasa dia ... tp takpe ini permulaan utk dia menulis. Dia dah boleh mengeja, membaca dan mengira, cuma kadang dia tak pasti..


Thursday, December 29, 2011

MyStory: Penutup Birthday Tahun 2011

Assalamualaikum,

Sapa lagi jika bukan Mama punya birthday. Anak2 dan Ayah semua sudah.....so now turn Mama pula. Anak2 buat tak tahu jeee tarikh 27 Dis tuuu...coz mereka tak ingat pun. Kecuali Ayah tengah malam lagi dah wish pd Mama. Thank Ayah.



Ikutkan plan, petang 27hb niii...Mama nak balik awal laaaa skit....awal pun lepas habis office hour laaa jg. Tapi tak disangka2 dalam pukul 3.30ptg, Mama dpt panggilan telefon dari seorang yg Mama tak kenal...012...tetiba anak Mama yg bercakap...Alia. Sambil tu dia nangis.....ckp Ayah tinggalkan Alia. Mama cuba control perasaan....releks...relekss.... tanya Alia dia kat mana...dia ckp kat KLCC kat Petrosains. Aaaaahhhhhh....sudahhhh...apa dah jd niii.... Mama suruh Alia bg telefon pd org yg dail no tel Mama tuuu....sorang Lelaki Cina. Mama minta dia jg Alia sekejap, sementara Mama cuba call Ayah, tp org cina tu kata...dia pun dah call Ayah tapi tak berjawab.

Mama cuba jg call Ayah.... tak dapat. Mana plak peginya smp anak hilang tak sedar.  Mama call balik hp cina tuuu... Minta dia tggu kat situ...coz Mama plan nak pegi KLCC ambik Alia, tapi cina tu kata jarak office Mama dgn KLCC agak jauh, so dia plan nak hantar Alia ke office Mama atau hantar dia ke Kaunter Penerangan KLCC. Sedang Mama siap2 nak pegi ke sana, Ayah telefon....fuhhhhh...legaaa.... Alia dah ada dgn dia.

Sebelum berakhir episod hari ini 27 Dis, Mama memang smp rumah awal.... pukul 7mlm, Ayah call bg tahu tayar kete pancit coz tercucuk paku kat parking KLCC. Akhirnya Mama jg ke sana utk memberi bantuan kecemasan, coz tayar spare pun pancit.


Mama balik semula ke rumah dalam pukul 9.00mlm dengan Alia. Areef ikut Ayah. On the way balik Ayah dah belikan kek sedap untuk birthday Mama. Tapi sambutan terpaksa ditunda coz masa Ayah balik bawa kek, anak2 semua dah tidur.

Upacara memotong kek terpaksa di tunda ke tarikh 28hb. Apa pun semua yg terjadi dalam 2011 akan menjadi kenangan manis dalam lipatan memory Mama.


Terima kasih kepada semua yg memberikan ucapan dan doa iringan. Semoga kita semua akan beroleh kesihatan dan rezeki yang lebih baik pada tahun2 mendatang....amin...

Thursday, December 15, 2011

MyStory: Labu oh Labu

Salam sayang untuk semua.
You all suka makan labu tak? Masak lemak sedap tuuu....Mama suka.
Ada sapa2 tahu, betul ke....bunga labu tuu boleh buat sayur bening? (masak air). Setahu Mama, arwah mak cuma pernah masak pucuk labu tu saja. Bunga tak pernah plak laaaa...rasa.
Biasanya dalam sebulan, Mama ada laa beli sekali 2 buah labu utk dimasak. Biji buah labu tuuu..bibik dah simpan untuk di semai. Tak sangka pula setelah beberapa bulan....setelah menjadi anak semaian, pokok labu tuuu dah besar dan menjalar dgn sihatnya. Lama juga kami tggu untuk ianya berbunga dan berbuah. Tiba-tiba beberapa hari lepas Mama dah tengok bunganya banyak dan telah ada mengeluarkan buah. Seronoknya tengok....

Taman mini Mama ni kecil sangat. So untuk menjalarkan pokok labu tuuu....Mama dan bibik telah mencari ranting kayu supaya ia dpt menjalar dgn baiknya.




yeeee.....tu buahnya.

Friday, December 9, 2011

MyStory: Percutian Ke Gambang, Kuantan (4 Dis 2011)

Assalamualaikum,

Bersempena dgn percutian sek kali ini Mama n family just bercuti ke Cherating dan Gambang di Pahang pada 4-6 Disember lalu. Yang pasti anak2 nak main air. Bila ajak pegi mandi pantai, semua tak nak...takut nak main ombak, dia orang lagi mahu mandi dalam batap dari mandi tepi pantai.

Sampai saja di Lagend Hotel, terus nak mandi kat pool.... belum habis penat duduk dalam kete dah nk mandi pulak. Tapi dah memang tujuan nk mandi...so layan je laaa anak2 punya kehendak. Bila dah lama mandi, badan sejuk menggeletar...dah pasti lapar....naik dari pool, berendam plak batap dengan air suam...kecut semua jari.

Hari dah malam, kami makan kat luar....sambil makan anak2 dah mengantuk. Siang dah berendam lama..malam mengantuk.



Esoknya, memang dah plan nk pg Gambang, mandi-mandi. Pg waktu keluar dari hotel dan bfast, hujan renyai2....risau gak dlm hati....mcm mn nk mandi2.

  anak2ku dah tak sabar nak terjun....









tengok, Mama blm ready, Alia dh snap...


Wednesday, December 7, 2011

MyStory: JALAN-JALAN KE PUTRAJAYA DAN KL

Salam manis untuk semua rakan2 Mama....semoga anda semua gembira sepanjang musim percutian sekolah kali ini. Mama ni pening skit laaaa...bibik kat rumah mesti pening banyak....sabar yee bibik...nanti bulan Januari sekolah buka semula mesti suasana kembali normal.

Hari jumaat lepas, Abang Mama dari kg datang rumah. Ini adalah kali pertama dia dan family datang rumah Mama. So Mama pun plan laaa nak bawa dia dan family pegi jalan2 sekitar KL. Anak2 buah nak pegi Zoo Negara, tp anak2 Mama dan Ayah dah pegi bulan lepas.

Pagi Sabtu tmpt pertama Mama bawa ke Putrajaya, melihat Pusat Pentadbiran Negara. Menaiki cruise di Tasik Putrajaya. Sampai tengahari juga kami di sana.








Sebelah petang, kami pergi pula ke Taman Burung di Tasik Perdana. Luas juga kawasan ni....dah melawat burung, mestilah dalam hutan kannnn... jommmm layannnn...






Last sekali, lawatan hari ini ke KLCC. Anak2 dah nmpak taman permainan, mesti nak main saja.... nampak air...nak mandi pulaaaa...... mcm tu laaa dah bila bawa anak2.

Tuesday, November 29, 2011

MyStory: Tuisyen at KumOn (19 Nov 2011)

Selamat Pagi kepada semua pembaca yg Mama sayangi...
Sepanjang cuti sek ni....Mama risau sebenarnya coz anak2 kat rumah takde aktiviti yg benar2 berfaedah untuk mereka melainkan tengok tv cd dan bermain. Memang memboringkan. So Mama kena buat jadual untuk mereka dari pagi sampai petang. Agenda2 yg dimasukkan tgk tv or cd, buat homework, tidur dan bermain. Kesian kat Maid....pening dia sepanjang cuti sek. ni. Bibik harap bersabar yeee...
Selain banyak menasihati anak, Mama juga kena slow talk dgn Bibik, maklum sahajalah anak2 zaman sekarang, bukan semua boleh mendengar Sekali arahan....nak tercabut anak tekak bercakap, br mereka nak buat sesuatu arahan. Cukup mencabar....

Selepas minta Ayah cek http://my.kumonglobal.com/ kami plan utk menghantar anak2 ke tuisyen tersebut. Pd hari sabtu lepas, kami attend trial kelas tersebut di Sek. 4 Bangi.

Mari layannnn......



tengok.... Azeem lagi kusyuk dengar taklimat compare dgn si abang...







Monday, November 28, 2011

MyStory: Happy Birthday Areef (26 Nov. 2011)

Wahhh...bulan ni sambut birthday lagi. Baru last week birthday Ayah, semalam b'day Areef pula. Kesian gak anak Mama sorang niii... dia sambut b'day dgn family jeee...coz time2 cuti sekolah mana ada buat sambutan dengan kawan2 kat sekolah.

Mama belikan kek dan ayah belikan mainan. Walaupun abang Areef nak hadiah PSP, Mama masih belum cukup budget nak belikan. Nantilah yeee...abang...Mama tengok2 dulu PSP yg mcm mana untuk abang. Nanti dah belikan hadiah utk abang, Alia pula akan cemburu.... dia bukan faham kalo org ckp ini utk hadiah birthday abang.








 tu dia..anak2 nila dah dpt mkn kek...sampai menjilat jari.


Wednesday, November 16, 2011

MyStory: Happy Birthday Ayah (15 Nov. 2011)

Hari ini birthday Ayah. Mama lupa nak wish ayah....anak2 apa laginya. Apa plan nk buat ari niii.... 
BBM ayah ucap Happy Birthday. Petang plan beli kek dan sambut dengan anak2 kat rumah. Time tengah2 bulan dan tiap hari hujan niiii...susah nak bergerak time malam2. Kalo dulu time bujangan tak kisah pun kuar malam2....hujan2 pun sanggup....tapi skrg ni tak mungkin laaa...anak2 pun sok nk sekolah.

Smp kat rumah terus bg tahu anak2...today Birthday Ayah. Anak2 yg happy semacam, coz dia orang tengok Mama bawa kek. Sebenarnya dia org yg excited nak tengok/makan kek tu.

Jommm...layannnn....


 org lain punya b'day, org lain yg potong kek

Azeem dah tak sabar nk makan kek


-HAPPY BIRTHDAY AYAH, TERUS MENYAYANGI KAMI BUAT SELAMANYA-

Monday, November 14, 2011

MyStory: Wedding X-Offiemate (12 Nov 2011)

Assalamualaikum....

Shah, SELAMAT PENGANTIN BARU.
Ikutkan, Mama n family takde plan pun nak pg kenduri niii...coz rasa hari niii urusan dunia banyak bentul. Pagi2 mama dgn ayah pergi beriadah di tmn. tasik permaisuri, coz mama ada appointment dgn officemate, lepas tuu antar Areef n Alia tuisyen, pukul 10pg, pergi putrajaya hantar pesanan orang, pukul 11 lebih pegi KL plak ambik stok barang jualan, pukul 1.00 menghadiri majlis wedding dalam taman tmpt tinggal, pukul 1.30 kami bertolak ke Alor Gajah, Melaka utk hadir wedding Shah.

Fuhhhhh....memang pack agenda hari niiii..... mari layannnnn....




 Maaf laaa Shah lunyai dah bunga pahar ko niii.... anak2 ku punya kerjakan



Wednesday, October 19, 2011

MyStory: Second Hand Katil Baby

Assalamualaikum semua.

Di sini Mama nak buat lelongan sedikit.  Ini adalah barang2 Mama semasa anak2  Mama lahir dulu. So sekarang Mama nak jual pd sesiapa yang mahu dengan harga yang murah2 saje. Dari di simpan jadi kayu reput lebih baik jual, orang lain boleh guna.

Kenapa Mama nk jual?....he...he...he.... Anak Mama yg kecil Azeem dah 2 tahun, so dia tak gunakan katil dahhh...kalo masuk dlm tuuu...alamat roboh laaaa.... tidu kat bawah lapik tilam...seluas alam dia boleh bergolek. 


Untuk katil A, skrg ni Mama simpan mcm tu saja, ruang dalam bilik pun dah jd terhad. Katil B pula Ayah dah lipat masukkan dalam sarung, so Mama terpaksa ambil gambar dari blog orang lain, kerana katil tersebut adalah sama.

Pada sesiapa yang hendak, sila contact/email Mama secepat mungkin. Jika hendakkan katil A tu beritahu Mama, samada nak kena bukak ke tidak...jika tidak, nanti masa ambil bawa kenderaan yg lebih besar sikit, takut tak muat. Kelebihannya... bila sampai rumah nanti, pembeli tak payah pasang dah. Cuma untuk katil B, jika nak suruh Ayah pasangkan, boleh juga, nanti masa ambil bawa kenderaan yg muat utk membawanya.



Katil A
RM180.00
Katil ini telah dijual pd Pn. Farah. Terima kasih yeee...





Katil B
Aksesori kat atas tu takde...cuma katil sahaja.
(tilam dan bantal, kena beli sendiri).
RM80.00


Barang C, Buaian. Mama jual murah juga. Buaian ni nanti Mama akan buka, supaya senang untuk di bawa.

 RM30.00


Monday, October 17, 2011

MyStory: Pesta Ekspo Konvokesyen UPM

Bismillahirahmanirahim....

Semenjak 2 menjak ini Mama berminat dengan tumbuh-tumbuhan. Mama beli tanah, beli pokok2 sayuran atau pokok yg boleh menghasilkan  tuaian utk makanan dan pasu2 bunga. Apabila Ayah beritahu ada pesta konvo di UPM, Mama tak fikir lain...dlm kepala dah plan nak beli tanah atau pokok2 buah2an.

Apabila sampai di tapak pesta, Mama tercari-cari orang yg jual pokok2 dan tanah. Bila jumpa saja..terus beli 1 kampit tanah. Agak mahal juga kerana dalam 1 bungkusan terdapat banyak campuran tanah. Tanah biasa, tanah organik dan baja. Pokok2 buahan memang banyak, tapi bila Mama beli nak tanam kat mana? So Mama cuma beli anak pokok lada hitam. Berpindah ke booth lainnya Mama beli lagi tanah 3 kampit. So cukup laaa tuu..nak buat tanaman benih2 cili, daun kari daun pandan, pokok limau dan daum kesum.





tengok pokok2 bunga memanglah geram...tapi tempat 
nak tanam dah takde.




Bila dah pegi bawa anak2 mcm2 laaa melayan kehendak mereka, nak naik mainan, naik melukis nak makan, nak minum....mcm2 hal. Mama sempat laaa juga pegi ke jualan pakaian dan tudung. Memang banyak, tapi harga tidaklah murah sangat...sama mcm harga di pasar2 atau Jalan TAR juga.

Pesta konyo ini berakhir pd 19 Oktober 2011. So kepada sesiapa yg nak terjah ke sana masih ada masa lagi.

Mari layannnnnnnnnnnnn karenah anak2 Mama ber-3 niii...



Azeem takut nak salam.

Abang stady je pejang tangan maskot tuu...