Tuesday, May 31, 2011

MyStory: TRIP TO BEIJING-3rd Day: Story 13

FORBIDDEN CITY


Ok, hari ini adalah hari ke-3 kami berada di Beijing. Pd pagi ini kami dibawa ke tempat dinamakan Forbidden City atau Kota Larangan. Memandangkan kawasan ini amat luas, hampir 1/2 hari kami di sini.

Memandangkan ianya adalah bekas tapak istana maharaja, maka banyak keunikan yg dapat dilihat di dalamnya.

Kalo dah ambik gambar tak tengok kamera, tu tandanya mood tengah tak bagus. Penat laaaa...nak minum laaa...nk dukung laaaa, nk dok atas stoler laaa...
Ok.. kat atas tu (ayah & areef) ada gambar pokok pelik. Pelik tang kejadiannya...umur pokok tu dah beribu tahun. Pokok sebelah tu pula (mama & family) pelik coz dahannya berbelit. Menurut kepercayaan (tour guide yg citer) pokok itu melambangkan penyatuan cinta, so sapa2 yg berhajat boleh ambik gambar kat situ. Mama pun ambik gambar laaa...hajatnya...moga2 boleh sampai lagi nanti ke sana..he...he...he...







Sejarah Kota Larangan
(pautan dari sesawang windowonislam.blogspot.com)

Kota Larangan merupakan istana rasmi bagi maharaja China yang mula digunakan semasa Dinasti Ming Dinansti Qing. Ia terletak ditengah-tengah kota Beijing, China, yang kini menempatkan Muzium Istana. Istana ini telah digunakan sebagai kediaman bagi maharaja dan keluarganya, selain menjadi pusat istiadat dan politik kerajaan China selama hampir 500 ratus tahun. sehingga akhir
Dibina pada 1406 hingga 1420, kompleks ini mengandungi 980 buah bangunan yang terselamat dan 8,707 buah bilik dan merangkumi kawasan seluas 720,000 meter persegi (7,800,000 kaki persegi). Kompleks istana ini menjadi contoh senibina agam China tradisional, pengaruh budaya serta pembangunan senibina di Asia Timur Tapak Warisan Dunia pada 1987, dan disenaraikan oleh UNESCO sebagai himpunan terbesar struktur kayu terpelihara di dunia. dan tempat-tempat lain. Kota Larangan telah diistiharkan sebagai
Sejak 1924, Kota Larangan telah diletakkan di bawah pentadbiran Muzium Istana, yang telah mengumpul banyak artifak dan kerja seni yang telah dikumpulkan semasa Dinasti Ming dan Qing. Sebahagian daripada bekas koleksi muzium kini ditempatkan di Muzium Istana Kebangsaan di Taipei, Taiwan. Kedua-dua muzium berasal daripada institusi yang sama, tetapi telah berpecah semasa Perang Saudara China.


  Story 14: Perusahaan Pearls & Foot Massage

Monday, May 30, 2011

MyStory: TRIP TO BEIJING-2nd Day: Story 12

TIAN AN MEN SQUARE

gambar ihsan pak google

Pd ketika ini malam telah menjengah, jam menunjukkan pukul 7.16 malam. Pd mlm ini juga kami dibawa ke Dataran Tian An Men. Jika mengikut jadual asal, kami akan melawat Tian An Men Square pd ke esokkan hari, tetapi oleh kerana esok ada urusan rasmi negara, dataran tersebut ditutup untuk pelancung. Menurut tour guide, ada persidangan menteri2.

Gambar2 ni pun di ambil dari jauh jeee....memang rasa sedih skit laaa.... Dah la berjalan jauh, anak2 plak dah keletihan coz dah 1 hari berjalan.

Gambar2 yg terlebih cantik tu adalah belas ihsan dari pak google, sebab kami ambil gambar malam...gelap.





SEJARAH berkaitan Dataran Tian An Men ini mama ambil dari google. Mama suka fakta2 sejarah mcm niii...

Pintu Tiananmen mula-mulanya dibina pada 1420-an ketika Dinasti Ming. Sewaktu kejatuhan Dinasti Ming, perbalahan besar di antara Li Zicheng dan maharaja Qing awal telah merosakkan (atau mungkin memusnahkan) pintu tersebut. Pada tahun 1651 (awal Dinasti Qing), Pintu Tiananmen dipulihkan. Sepanjang zaman-zaman Ming dan Qing, tiadanya dataran awam di Tiananmen; sebaliknya, adanya sebidang laman dalam bertembok berbentuk T courtyard yang dikitari pejabat-pejabat kementerian, biro dan agensi. Laman dalam itu dibesarkan menjadi saiz sekarang serta disaluti simen pada tahun 1958.
Tentera-tentera British dan Perancis yang menyerang Beijing pada tahun 1860 mendirikan khemah berhampiran pintu Tiananmen dan pernah sesekali ingin meranapkan pintu dan seluruh Kota Larangan, namun akhirnya memutuskan agar istana besar itu dibiarkan, sebaliknya Istana Musim Panas maharaja dimusnahkan. Maharaja Qing ketika itu pun bersetuju untuk membenarkan kuasa-kuasa asing menubuhkan markas di kawasan tersebut. Sewaktu tercetusnya Pemberontakan Boxer pada tahun 1900, bangunan pejabat dan kementerian teruk dimusnahkan akibat serbuan. Pada peleraian konflik ini, kawasan ini menjadi ruang bagi kuasa-kuasa asing menghimpunkan askar-askar dan kuda-kudanya. Kawasan terbabit dikosongkan serta merta untuk memberi laluan kepada kelahiran apa yang dikenali sebagai Dataran Tiananmen.


Dekat dengan pusat dataran sekarang, berhampiran tapak Makam Mao Zedong, pernah didirikan salah sebuah pintu besar yang terpenting di Beijing. Pintu ini dikenali sebagai "Pintu Ming Besar"ketika Dinasti Ming, "Pintu Qing Besar" ketika Dinasti Qing, dan "Pintu China" ketika zaman Republik China. Berbeza daripada pintu=pintu besar lain di Beijing seperti Tiananmen dan Qianmen, pintu ini sekadar beristiadat, bergerbang tiga tanpa benteng, serupa gayanya dengan pintu istiadat yang didapati di Makam Dinasti Ming. Pintu ini berkedudukan tinggi selaku "Pintu Negara", seperti yang boleh dilihat dari berbilang namanya yang berturut-turut. Pintu besar ini biasanya tertutup, melainkan apabila Maharaja hendak merentasinya. Lalu lintas awam dilencongkan ke dua buah pintu tepi, masing-masing di sisi utara dan selatan dataran sekarang. Oleh sebab berlakunya pelencongan inilah, wujudnya sebuah tapak pasar bernama Jalan Papan Catur di dataran besar berpagar di selatan pintu ini.
Pada 1950-an, Pintu China (namanya ketika itu) diruntuhkan bersama-sama Jalan Papan Catur di selatan, maka lengkapnya peluasan Dataran Tiananmen ke saiznya hari ini.


Digunakan sebagai tempat bperhimpunan besar-besaran sejak dibina lagi, dataran ini beralaskan Tugu Wira Rakyat berketinggian 38 meter (125 batu) yang lengkap pada tahun 1958, serta Makam Mao Zedong yang disiapkan pada tahun 1977. Dataran ini terletak antara dua buah pintu gergasi yang dibina pada zaman silam, iaitu Tian'anmen di utara dan Zhengyangmen atau Qianmen (Cina Ringkas; Cina Tradisional; pinyin: Qiánmén, "Pintu Hadapan") di selatan. Di sepanjang sisi barat Darat terdapat Dewan Besar Rakyat. Sepanjang sisi timur pula ialah Muzium Kebangsaan China (yang dikhususkan untuk sejarah China sehingga tahun 1919). Lebuh Chang'an yang digunakan untuk perarakan terletak antara pintu Tiananmen dan Dataran Tiananmen. Pokok-pokok menghiasi sisi-sisi timur dan barat Daratan, tetapi dataran itu sendiri terbuka tanpa kelihatan pokok ataupun bangku.


Dataran Tiananmen pernah dijadikan tapak berlakunya sebilangan peristiwa politik dan bantahan golongan pelajar. Ini termasuklah pengisytiharan Republik Rakyat China oleh Mao Zedong pada 1 Oktober 1949; pameran ketenteraan besar-besaran tahunan pada setiap Hari Kebangsaan sehingga 1 Oktober 1959; perarakan tentera ulang tahun ke-35 Republik Rakyat China pada tahun 1984 dan ulang tahun ke-50 pada tahun 1999; dan juga perhimpunan besar-besaran ketika Revolusi Kebudayaan.
Tapak ini juga pernah menempatkan berbagai-bagai demonstrasi oleh pihak yang berkuasa, termasuk Perarakan Kemenangan Tentera Berikat bagi meraikan pendudukan Beijing pada tahun 1900, perarakan besar Jeneral Zhang Xun pada Jun 1917 sebagai memperingati pemulihan perintah agung oleh beliau, pengasasan rejim boneka di bawah pemerintahan Jepun, perarakan tentera Republik setelah menawan kembali Beijing, dan juga "pearakan Hari Kebangsaan panjang lebar tidak lama selepas Tentera Pembebasan Rakyat melimpahkan Dataran dengan darah pada tahun 1989."
Dataran Tananmen juga menjadi tapak berlakunya berbilang pergerakan tunjuk perasaan.
Bantahan tahun 1989 mengakibatkan pembunuhan ramai sekali penunjuk perasaan China di jalan-jalan di sebelah barat dataran dan kawasan sekitar. Sesetengah wartawan Barat yang berada di dataran itu ketika peristiwa itu berlaku melaporkan bahawa mereka tidak menjumpai sesiapa yang sebenarnya mati apabila berada di dataran, namun dapat melihat orang ramai dibasahi darah tetapi tidak pasti sama ada mereka sudah mati atau cuma cedera.


...Story 13: Forbidden City..

Saturday, May 28, 2011

MyStory: HAPPY BIRTHDAY ALIA-27 Mei 2011

HAPPY BIRTHDAY KAKAK.


Today kakak genap 5th. Skrg bersekolah di Tadika Kristal Kreatif. Pencapaian yg telah diperoleh dah boleh membaca cerita2 pendek.

Inilah satu-satunya anak dara mama setakat ini. Kelak kakak akan menggantikan mama di dapur.

Harapan mama semoga kakak akan menjadi anak yang soleh, dapat menjaga adik dan beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.

Sambutan birthday party di adakan di sek tadika bersama rakan2 lain yg lahir pd bulan May. Mama cuma sediakan kek dan goodies beg sahaja.

Love you....muuuu...ah..



Friday, May 27, 2011

MyStory: TRIP TO BEIJING-2nd Day: Story 11

WANG FU JING SHOPPING STREET & NIGHT FOOD MARKET


Waktu ini, hari dah petang, pukul 6.10 waktu China. Tempat ni ala-ala...mcm Petaling Steat laaa... Jika di lihat dlm gambar tuuu...barisan gerai2 tu menjual makanan cina. Mcm2 jenis makanan....kami tak beli pun rasa mcm tak halal je.

Zazzzzzzzzzzzzzz...

Sepanjang jalan ni hanyalah kawasan membeli belah. Shopping kompleks. Tapi barang2 di sini agak mahal. Mari kita lihat gambar2 di sekitar jalan ini.

Ni yg letih niiii...bila dah ternampak mainan sangkut laaaa jadinya....nak tak nak ayah kena belikann...jika tak anak2 tak nak bergerak.

Berjalan-jalan di bandaraya Beijing


Story 12: Tian An Men Square







Wednesday, May 25, 2011

MyStory: TRIP TO BEIJING-2nd Day: Story 10

SILK STORE




Di atas itu adalah gambar di hadapan pintu masuk Silk Store. 


Pernah dengar lagu kanak2 ni....
Dari ulat jadi kepompong,
ulat tidur dalam gelonsor
tiba masa kepompong pecah, popp
jadi rama-rama yg indah....

Di sini kami diterangkan proses membuat selimut/kain sutera dari ulat.



Jeng..je...jeng...dah jadi selimut. Sebenarnya yg menjadikan satu2 selimut tu mahal bukan sebab harga ulat yg jadi kapas tuuu....tapi kain yg membalut kapas tu yg mahal. Ianya di buat dari kain sutera...mn tak mahal. Mcm mn pun Alhamdunillah...mama berjaya melayan nafsu utk membeli, memikirkan keadaan cuaca di Malaysia yg panas tak sesuai pakai selimut mcm tuu.




Kami naik ketingkat 2 bangunan tersebut. Di tingkat 2, pelbagai jenis baju, kemeja, t-shirt, kain silk dan barang2 souviner di jual. Kat sini mama dan ayah belilah 2 pasang sutera cina utk kenang-kenangan. Ayah beli sehelai baju Cheongsam.

Keluar dari bangunan tersebut, diseberang jalan kami terlihat orang menjual buah-buahan.  Mama dan ayah pegi singgah utk beli buah strawberry. 
Masyaallah, besar sungguh buah strawberry niii.... dah la besar, manisnya tak tahu nak cakap. Pelik juga...mungkin sebab cuaca sejuk, sebab tu rasanya manis.


...seterusnya Story 11: Wang Fu Jing Shopping Street & Night Food Market

Tuesday, May 24, 2011

MyStory: TRIP TO BEIJING-2nd Day: Story 9

BEI JING BAO SHU TANG SCI-TECH PHARMACEUTICAL CO., LTD.

Menyambung cerita berkaitan percutian mama & family, kali ini kami  dibawa pula ke Burning Cream Centre. Di sini kami di tunjukkan beberapa jenis ubat dan demo berkaitan ubat-ubatan cina.


Mama dah lupa siapa nama Cik ni, tapi semasa penjelasan diberikan kepada kami dia bertutur bahasa Indonesia, so bolehlah faham apa yg dia cakap. Apa yg lebih mengejutkan kami, sampai mama lupa nak ambil pic, dia telah membuat demo memegang rantai besi yg panas. Sebab apa mama kata panas, rantai besi tu dibakar dgn menggunakan api di depan kami. Dia telah memegang rantai tersebut dan dgn cepat dia telah menggosokkan tangan yg melecur dgn krim yang telah disediakan. Ha...ha...ha...itulah motifnya...buat demo, lepas tu jual ubat mereka.


OK, sekarang mama dan ayah pula dijadikan demo. Dengan menggunakan peralatan moden, letakkan jari manis. Dari skren akan kelihatan perjalanan darah dalam kepala. Dari situ dia anak analisis jenis2 peredaran darah samada berjalan dgn lancar atau tidak. Jenis2 penyakit yg telah ada dalam badan juga dia akan tahu. Mana2 bahagian pembuluh darah yg kelihatan sempit dan perlahan akan dapat dilihat melalui skren tersebut. So kalau rasa taknak beli apa2, jgn cuba2 buat test ni, jika tidak memang terpedaya laaa jadinya.

Perasan tak kat sebelah tangan mama tu ada 1 cawan (warna hitam). Cawan tersebut diperbuat dari batu (perubatan) yg dibentuk menjadi  cawan. Ada sesetengah batu dijadikan gelang tangan. Semasa giliran mama buat demo, kelihatan beberapa pembuluh darah yg aliran darahnya perlahan, so dia minta tangan kanan  pegang cawan hitam tuu.....tak sampai 1 minit pegang benda tuuu...aliran darah dalam pembuluh kelihatan lancar dan laju. Itulah motifnya..... sapa nak cuba boleh pegi sana.

zazzzzzzz......

Jika dilihat dari dlm gambar tu, latar belakang pusat perubatan tersebut. Memang besar....


....Story 10: Silk Store...

Monday, May 23, 2011

MyStory: TRIP TO BEIJING-2nd Day: Story 8

MAHARAJA & MAHARANI


Kali ini mama nak cerita pasal anak2. Kami masih berada di dalam kawasan Great Wall. Di bahagian luar kawasan tersebut terdapat 1 tempat utk ambil gambar. Tadi dalam story 7, mama ada cerita kami ada ambil gambar kat situ. Kali ini anak2 punya kisah pula. Tempat ambil gambar tu menyediakan pakaian untuk kanak2 dan dewasa dengan fesyen pakaian pahlawan, maharaja dan maharani. Untuk bergambar dengan pakaian tersebut, 1 pakaian dikenakan 50 yuan.

Zazzzzzz.....

Zaman mama sek dan bujang dulu, mama rajin gak layan citer china klasik kat tv. Tengok maharaja dan maharani china. Bila dah berada di China, sedikit sebanyak kenangan semasa menonton cerita tu teringat kembali. Tambahan pula bila dah berada di Forbidben City, ke esokkan harinya.


Story 9: Burning Cream Centre


MyStory: TRIP TO BEIJING-2nd Day: Story 7

GREAT WALL OF CHINA


Masih di hari ke-2. Kali ini mama nk cerita semasa kami berada di Great Wall.
Orang kata bila dah menjejakkan kaki ke China tidak lengkap percutian sekiranya tidak menjejakkan kaki ke Tembok Besar China. Sebagai salah satu dari tujuh keajaiban dunia, memang rawan rasa di hati kerana kaki akan menjejaki tapak sejarah yg mashur tersebut. Menurut sejarahnya, tembok tersebut adalah hasil buatan manusia paling panjang di dunia iaitu 6,450 kilometer. Menurut sejarahnya tembok tersebut merentangi banjaran yg tinggi dari Genting Shanhaiguan di wilayah Hebei hingga ke Jiayuguan di wilayah Gansu.


Sebelum mendaki, terdapat 1 tmpt di mana orang ramai akan mengambil gambar view tembok besar tersebut. Untuk mengambil gambar di tempat tersebut kami dikenakan bayaran 100 yuan, dapat 1 buku berkaitan Great Wall dan gambar saiz besar. Takpelah sebab kali pertama sampai, kami ambil gambar di situ. Ambil gambar sebelum mendaki, so bila turun nanti, gambar dah siap. layannnn...


Pendakian bermula....mama ingat nak daki tu mudah jeee...rupanya tidak semudah yg disangka. Sebahagian tangga agak landai...tapi sebahagian lagi agak curam. Terpikir juga mcm mn laaa masa orang2 yang membuatnya ribuan tahun dahulu.

fuhhh...penat sungguh, dah laaa sejuk.



Bersyukur dengan rezeki yg telah Allah kurniakan, kerana cita2ku telah tercapai untuk sampai ke salah satu keajaiban dunia. Percutian dengan anak2 menggembirakan hati mereka.


Sebelum perjalanan turun, anak2 sempat makan ais-krim kat atas tuuu...dah la sejuk, makan ais-krim lagi.
'Great Wall, mungkinkah 1 hari nanti, aku akan sampai lagi....'


SEJARAH GREAT WALL
fakta di perolehi dari http://windowonislam.blogspot.com

Tembok Besar China (Cina mudah:Cina tradisional, harafiahnya Bandar 10,000 Li panjang), merupakan kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming, untuk melindungi China daripada serangan puak Mongol dan puak Turkic. Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-3 SM terhadap perompak puak-puak nomad yang datang dari kawasan yang dikenali hari ini sebagai Mongolia dan Manchuria.

Panjang tembok ini ialah 6,352 km, daripada Shanhai Pass sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang
Lima pembinaan semula utama telah dicatatkan:

1. 208 SM (Dinasti Qin)
2. Abad ke-1 SM (Dinasti Han)
3. Abad ke-7 (Dinasti Sui)
4. 1138 - 1198 (Zaman Lima Dinasti dan Sepuluh Negara)
5. 1368 - 1640 (Dari Maharaja Hongwu sehingga Maharaja Wanli pada Dinasti Ming)



Tembok Besar China mula dibina pada abad ke-9 sebelum Masihi. Demi menghalang pencerobohan suku kaum di bahagian utara, pemerintah di tengah China pada waktu itu telah membina tembok yang menyambungkan kubu-kubu pertahanan di kawasan sempadan, itulah Tembok Besar yang paling awal. Sehingga Zaman Negeri-negeri Berperang, perang berlaku terus-menerus antara bangsawan dan raja pelbagai negeri. Demi menghalang serangan negeri lain, pelbagai negeri masing-masing telah membina Tembok Besar di kawasan pergunungan. Pada tahun 221 sebelum Masihi, Maharaja Qinshihuang Dinasti Qin telah menyatukan China. Baginda menyambungkan Tembok Besar yang dibina oleh pelbagai negeri sepanjang lebih 5 ribu kilometer bagi memghalang serangan askar suku kaum normad di padang rumput Mongolia di sebelah utara. Selepas Dinasti Qin, Dinasti Han telah memanjangkan Tembok Besar itu sehingga lebih 10 ribu kilometer. Dalam masa selama lebih 2 ribu tahun yang lalu, penguasa pelbagai dinasti China masing-masing telah membina Tembok Besar, panjang keseluruhannya mencatat 50 ribu kilometer, lebih panjang daripada satu lingkaran bumi. Projek Tembok Besar sungguh menakjubkan.

Tembok Besar yang disebut umum itu adalah Tembok Besar yang dibina pada zaman Dinasti Ming iaitu dari tahun 1368 hingga tahun 1644. Hujung baratnya sehingga di genting Jiayuguan di Provinsi Gansu di barat laut China dan hujung timurnya di pinggir Sungai Yalujiang di Provinsi Liaoning di timur laut China, panjangnya mencatat 7,300 kilometer.

Sebagai projek pertahanan ketenteraan, Tembok Besar dibina menurut tinggi rendah lereng gunung dan melintasi padang pasir, padang rumput dan tanah paya. Tukang bina zaman purba China telah membina struktur yang berbeza-beza berdasarkan keadaan muka bumi yang berbeza dan telah memperlihatkan kepakaran dan kecerdikan mereka.

Tembok Besar umumnya dibina di puncak gunung, di sebelahnya adalah lereng gunung terjal yang curam. Tentera musuh sukar untuk melancarkan serangan terhadap tentera yang bertahan di Tembok Besar.



Tembok Besar dibina dengan batu dan batu bata panjang, tengahnya diisi dengan tanah atau ketulan batu. Tinggi Tembok Besar umumnya belasan meter dan lebar di atas Tembok Besar itu kira-kira 5 meter, 4 orang askar yang menunggang kuda dapat berjalan sejajar di atasnya, senjata dan bahan makanan dapat diangkut di atasnya. Askar boleh turun dan naik menerusi tangga dan pintu yang dibina di sebelah dalam. Banyak kubu pertahanan telah dibina di sepanjang Tembok Besar. Kubu pertahanan itu mempunyai banyak fungsi. Fungsi pertama ialah tempat askar berlindung semasa berperang. Mereka juga boleh berehat di kubu itu pada waktu aman disamping menjadi tempat menyimpan senjata dan bekalan bahan makanan, apabila musuh menyerang, najis serigala dibakar di atas kubu pertahanan tersebut membentuk asap untuk menyampaikan isyarat bahaya dengan segera.

.... baca lagi Story 8, Maharaja & Maharani

Sunday, May 22, 2011

MyStory: TRIP TO BEIJING-2nd Day: Story 6


Distinasi ke-2 kami pd pagi ini, dibawa ke pusat barangan seramik. Proses mengukir dan mewarna di pertontonkan kepada pelawat yg datang ke sana. Sebelum melawat sekitar kawasan tersebut, kami dibawa ke tingkat 3, untuk makan tengahari.

Sementara menunggu makanan sampai...acara wajip..click...click...clik...


Layan...menu yg dihidangkan.


Mcm mana selera tak tengok makanan tu...bila teringat balik ms kat sana, rasa lapar lerr plak. he...he...he...

Selesai makan kami turun semula utk melihat cara pasu2 bunga diukir dan diwarnakan. Layannnn....




...Story 7 kami di Great Wall...



Saturday, May 21, 2011

MyStory: TRIP TO BEIJING-2nd Day: Story 5


Selepas melawat Muzium Jade, kami dibawa ke Kilang Kristal.


Pastinya ramai di kalangan kita telah pernah membeli gelang tangan kristal. Gambar ini telah lama mama lihat dalam google, tapi tak sangka masa di sana, mama jumpa yg betul2.


Di bawah ini, sejenis kristal yg terbesar di dunia. (menurut kata tour guide tu). Besar sungguh batu kristal itu.



.... selanjutnya Story 6, kami di Kilang Seramik..