Thursday, June 16, 2011

MyStory: ANNUAL DINNER 2011-8 March 2011






Assalamuaalikum,

Kali ni mama nk citer psl event company yg dah beberapa bulan lepas, tarikhnya 8 Mac 2011 (sebelum mama pegi China lagiiii)....baru sekarang nak posting.

Mcm biasa bila event2 besar mcm ni, coz melibatkan semua staf yg berjumlah lebih kurang 250 orang. Itu baru jumlah staf belum termasuk spouse n anak2 lagi...fuuuhhhh...bertungkus lumus gak comittee nk menjayakan majlis terbesar utk setakat ini.


 Secara ringkasnya, syarikat tmpt mama bekerja ni adalah sebuah syarikat IT. Menjual, menyediakan perkhidmatan perkakasan, perisian dan rangkaian. Mama keje kat sini dah hampir 18 tahun. apa...lama...he..he...he.....yee....memang lama.... Alhamdulillah...mama merasa syukur dengan apa yg telah mama dapat sehingga kini. Jodoh pun jumpa kat sini...he..he...he....oppppss.

inilah pasangan mama mlm tuuu. cumanya kami tak boleh nak sedondong coz tak sempat nak cari yg sedondong. 
akhirnya kami buat pakaian beragam je laaa.....

Bersempena dgn Annual Dinner kali ini, syarikat meraikan staf2 yang dah lama bekerja sambil memberikan penghargaan pd staf yg berjaya memberikan prestasi cemerlang dalam syarikat dan kerjaya masing2.
layannnnnnnnnnn...



Apa yang best malam tuuu???? jeng...jengggg....
Apa lagiiiii....mestilah tang bab penyampaian hadiah.  Lucky-Draw.... NO yg mama dapat mlm tu tak 'naik'... so tengok hadiah orang je laaaa.... Lastly...Penyampaian Hadiah untuk Khidmat Setia. Setia kepada negara yg skrg semakin mama tak faham jalan pemerintahannya...coz semua benda semakin mahal dan terus mahal...opppsss...apa citer niii...
Berbalik kepada anugerah2 yg di sampaikan pd malam tersebut....Kakitangan yg telah berkhidmat lebih dari 5 tahun mendapat Sijil Perkhidmatan dan Seutas Jam Tangan. Bagi kakiangan yg berkhidmat lebih dari 10 tahun mendapat Sijil Perkhidmatan dan Deposit Wang Tunai ke Akaun Tabung Haji berjumlah RM5,000.00 setiap seorang, dan untuk yg lebih dari 15 tahun pun sama juga Sijil Perkhidmatan dan Deposit Wang Tunai ke Akaun Tabung Haji berjumlah RM8,000.00 seorang.


Husband dapat juga coz dia pun dah berkhidmat lebih dari 10 tahun. Pelikkk...naper lakk...suami isteri boleh dapat, coz husband pun keje company yg samaaaa.....ha...ha...ha.... rezeki anak2.

Di atas adalah team department Admin & Finance
(dari kiri; Cik Wawa, Pn. Mazia, En. Hamizal, En. Azman-CEO, En. Mohammad Amin-MD, Cik Hafizah, Pn. Ida dan Pn. Sabrina).

No comments:

Post a Comment