Thursday, June 9, 2011

MyStory: Main Lumpur-12 June 2011

Peristiwa ni berlaku masa mama n family balik kampung last week. Anak2 akak sebelah rumah pun balik juga. So apa lagi..mereka buat aktiviti 'mengagau'.  he...he...he... ini bukan mandi lumpur yeeee... Rumah mama kat kampung dalam kawasan sawah padi...so tak heran anak2 buah main selut selalu sambil cari ikan.

Tahu ke kengkawan apa itu 'menggagau'. Abang dan anak2 buah mencari ikan kat tepi rumah. Ada sapa2 nak mencuba masuk dalam lumpur tuuu.....bila dah masuk nak naik semula memang susah, coz lumpur and selut dan tebal. Mama takut kengkawan yg ada keinginan nak masuk, tak boleh keluar plak.....kena plak panggil kren utk angkat kau orang.

layannnnnnnnnnnn....

 memula kena terjun dlm air dulu lerr kann...lps tu tebas rumput...supaya ada jalan air utk keluar..... tengok anak buah perempuan aku...dia pun berani nk terjun. kat dalam parit tu ada  ikan haruan, sepat, keli n puyu. Ular pun ada....

anak buah aku main selut.


 bila air dah keluar dan lumpur pun jadi kering, tu yg tak boleh nak angkat badan tuuuu.....


Budak yg pegang bekas je tuuu.... budak yg lahir kat KL, so dia memang penakut nak masuk dalam selut tuu. Berdiri kat tebing je laaa tengok org tangkap ikan dan tolong masukkan ikan dalam bakul. Pacat pun segan nak gigit dia tuuu....
Kat belakang tu pemandangan sawah padi. Tp skrg musim menuai dah habis, just tinggal jerami padi je laaa..

No comments:

Post a Comment