Thursday, June 30, 2011

MyStory: POSKAD AYAH-28 June 2011

First time anak2 dapat poskad, ingat dia orang apa benda. Bila cakap ayah yg kirim....dia orang rasa pelik. Ayah dah ada kat rumah, kenapa ayah kirim poskad?? mcm2 pertanyaan timbul...tak semena2 mama kena menjawab banyak persoalan.

Poskad ni adalah gara2 ayah kena outstation ke Bintulu pd 20 hingga 23 June lalu. 3 hari di sana, ayah sempat plak mengirim poskad untuk Areef n Alia. Poskad tersebut telah sampai ke rumah pada 28 June lepas. hampir seminggu baru sampai kiriman tersebut.


Kad utk Areef




Kad utk Alia


Dalam hati nii mula laaa nak menyalahkan perkhidmatan pos yg lembab dan lambat, sedangkan harga stem dah 100% mahal dari zaman mama sek rendah dulu. (tak silap zaman mama tuuu...poskad stemnya 30 sen saja). Bukan sepatutnya seiring ke..bila bayaran perkhidmatan dah mahal, service pun patutnya dah mencapai tahap yg boleh dibanggakan. Mama pun rasa tak kisah, jika bayaran stem dah mahal, tapi service kenalah cekap dan cepat barulah orang akan puji perkhidmatan kita terbaik....betul tak???betulll...betullll

Tuesday, June 28, 2011

MyStory: SUKAN TAHUNAN SKSRM-26 June 2011

 Ini adalah sukan tahunan Sek Keb Sg. Ramal Dalam tahun 2011, sek Areef. Sebenarnya mama dah salah tengok tarikh masa surat cikgu bagi. Untuk Tahun 1, ada acara sukaneka pada 23hb June lalu. Mama ingat hari khamis niiii...(30 June), sebab mama tak perasan, so mama atau ayah tak pegi laaa ke acara sukanena tuuu.... Balik keje petang tuuuu...Areef ckp.... 'kenapa tadi mama ngan ayah tak datang sek areef...semua emak/ayah orang lain datang' sambil tunjuk hadiah yg dia menang.... mama tanya...'ada apa kat sek abang tadi'. 'hari ni kan sukan kat sek areef'.... alamakkk.. mama terus tengok surat cikgu bagi tuuu..... alaaaa...kesiann...mama tak perasan tarikh 23hb tuuu.... Atas surat tu ada 2 tarikh sambutan sukan... 1 tarikh untuk acara sukaneka dan 1 tarikh lagi utk Temasya Sukan Tahunan. Mata mama hanya nampak utk acara Temasya Sukan tu...tarikh 26 Jun 2011 di Stadium Sukan UKM, Areef masuk 2 acara, lari 100 meter dan 4x100 meter.


So pagi 26hb tuu...kami pegi laaa ke Stadium Sukan di UKM. Sampai kat stadium...mama perasan..kenapa murid2 besar jeee yg ramai. Murid2 tahun 1 ada 5 kelas...so mama jangkakan mesti ada paling kurang 50 orang murid tahun 1 akan hadir. Masa perbarisan....tak sampai 10 orang pun tahun 1. Ada kawan2 Areef yg mama kenal tapi takde pun datang. Dah balik dalam kereta baru Areef cakap....'murid2 yg cikgu pilih saja datang ke Temasya Sukan kat sini, dalam kelas Areef, cuma 2 orang je yg terpilih'....emmmm...mcm tu pulak.


Acara sukan belum habis, kami dah balik. Azeem dah mengantuk, lagipun acara sukan abang dan habis. Abang dapat no 4, so tak dapatlah hadiah. Takpe...nanti tahun depan...abang lari kuat lagi yeee....

Friday, June 24, 2011

MyStory: JAMUAN RAYA 2010 ISTANA BAMBU

Assalamuaalikum,

Skrg dah bulan Rejab, next month Sya'aban, Ramadhan dan Syawal.... sambutan raya lagi. Mama baru nak citer sambutan raya tahun lepas kat 1 tempat yg special skit. X-officemate yg jemput En Jamadi, so sebab nak tengok 'Istana' dan merasa makanan kat tempat tuuu, mama joint laaa... Jemputan makan time lunch hour, so kami dari Admin & Finance pergi 5 orang.

Apa yg best kat situ.....?
he...he...he....kalo makanan sama je dengan jamuan raya tempat2 lain...cuma yg lebihnya adalah persekitaran tempat tuuu...Istana Bambu. Jangan bayangkan Istana Raja tuuu....ini istana buluh jeeee.....




Mama rasa teruja tengok sawah tuuu...kat tengah2 badar KL ada sawah. Restoran ni dah pernah masuk dalam TV banyak kali. Bila ada je artis nak buat apa launching apa2 album, selain hotel....restoran ni menjadi pilihan. Mama pernah nampak padi tu dah dituai.
 



OK, skrg kita layan makannnnnn.... cuma yg letihnya kena dok bersila. Depa ni laaa pilih Istana style Jepun kononnnnn....


Lepas makan apa lagiiiiiii....posing skit2 laaa...bukti pegi tempat tuuuu.... nak tinggal tanda...tanda apa plak nak letak kat situ...


Kawan ni ckp sekiranya sesiapa nak buat sambuatan birthday party, anniversary atau apa2 saja gathering boleh juga di buat kat sini. Cuma beritahu pihak sana cepat. Kat bawah niii ada menu skit harga2 masakan yg disediakan....cubalah cek...


Terima kasih Jam, jika ada buat lagi, jgn lupa jemput kami.

MyStory: HARI BAPA-19 June 2011

Sorry laaa dah beberapa hari tak mengupdate blog. Bukan malas, tapi ada 1 'keje sekolah' yg terpaksa dibuat dan bawa balik ke rumah. Bos plak nak cepat...so selagi tak siap, susah hati gak...

Bulan ni sambutan Hari Bapa, emmm...anak2 kurang prihatin pasal Hari Bapa, berbanding Hari Ibu. Cikgu kat sekolah pun tak buat apa2 persediaan untuk sambutan Hari Bapa, mcm buat Kad ke, ingatkan kanak2 Wish pd Bapa mereka. Tak mcm Hari Guru, anak2 sibuk nak kasi hadiah pada cikgu2 mereka. Kesian kat Ayah.



Namun begitu sempena Hari Bapa yg lalu, Ayah telah belanja kami tengok midnight. Takpe laaa terbalik, patutnya kami belanja Ayah. Tengok citer apa....he...he...he.... Super 8. Mama tak banyak songel..coz dah lama tak tengok movie kat screen besar tuuu...dah ada orang nak belanja ikut jeee... Sebenarnya mlm tu mama ada ambil beberapa gambar, entah mana silapnya...tetiba mama terdelete gambar2 tuuu...tak boleh buat apa dahhh...



Super 8 
This movie is rumoured to be set in the 1970s where teens unwittingly witness a murder and evidence of aliens on Super 8 film while shooting in Area 51, prompting the Air Force and others to pursue them.
Classification: PG13
Genre: Action / Thriller / Horror
General Release Date: 09 Jun 2011
Running Time: 1 Hour 58 Minutes
Distributor: United International Pictures
Cast: Kyle Chandler, Elle Fanning, Ron Eldard, AJ Michalka, Joel Courtney, Riley Griffiths, Zach Mills
Director: J. J. Abrams


Saturday, June 18, 2011

MyStory: HARI HIJAU 2010-6 Feb 2010

Ini juga adalah event company, sempena Hari Inovasi Tahun 2010. Ianya di adakan di Country Height Resourt Kajang. Event ini dihadiri hampir 100 orang kakitangan syarikat Encoral.









Introduction Site - dengar baik2 apa yg saya nak beritahu, objektif berjumpaan ini.........bla...bla...blaaa.... Skrg bahagikan kepada beberapa kumpulan dan bincangan tajuk2 yg telah diberitahu tadi. Pada nama2 yg telah di lantik sbg team lead, sila bentangkan presentation masing2. Masa yg diberikan 1 jam dari skrg...


Discussion Site - dah faham dengan apa yg telah CEO brief tadi, so skrg masa utk discussion by group.


Presentation Site


Closed Session

Suka....coz warnanya fresh dan menarik.





Thursday, June 16, 2011

MyStory: ANNUAL DINNER 2011-8 March 2011






Assalamuaalikum,

Kali ni mama nk citer psl event company yg dah beberapa bulan lepas, tarikhnya 8 Mac 2011 (sebelum mama pegi China lagiiii)....baru sekarang nak posting.

Mcm biasa bila event2 besar mcm ni, coz melibatkan semua staf yg berjumlah lebih kurang 250 orang. Itu baru jumlah staf belum termasuk spouse n anak2 lagi...fuuuhhhh...bertungkus lumus gak comittee nk menjayakan majlis terbesar utk setakat ini.


 Secara ringkasnya, syarikat tmpt mama bekerja ni adalah sebuah syarikat IT. Menjual, menyediakan perkhidmatan perkakasan, perisian dan rangkaian. Mama keje kat sini dah hampir 18 tahun. apa...lama...he..he...he.....yee....memang lama.... Alhamdulillah...mama merasa syukur dengan apa yg telah mama dapat sehingga kini. Jodoh pun jumpa kat sini...he..he...he....oppppss.

inilah pasangan mama mlm tuuu. cumanya kami tak boleh nak sedondong coz tak sempat nak cari yg sedondong. 
akhirnya kami buat pakaian beragam je laaa.....

Bersempena dgn Annual Dinner kali ini, syarikat meraikan staf2 yang dah lama bekerja sambil memberikan penghargaan pd staf yg berjaya memberikan prestasi cemerlang dalam syarikat dan kerjaya masing2.
layannnnnnnnnnn...



Apa yang best malam tuuu???? jeng...jengggg....
Apa lagiiiii....mestilah tang bab penyampaian hadiah.  Lucky-Draw.... NO yg mama dapat mlm tu tak 'naik'... so tengok hadiah orang je laaaa.... Lastly...Penyampaian Hadiah untuk Khidmat Setia. Setia kepada negara yg skrg semakin mama tak faham jalan pemerintahannya...coz semua benda semakin mahal dan terus mahal...opppsss...apa citer niii...
Berbalik kepada anugerah2 yg di sampaikan pd malam tersebut....Kakitangan yg telah berkhidmat lebih dari 5 tahun mendapat Sijil Perkhidmatan dan Seutas Jam Tangan. Bagi kakiangan yg berkhidmat lebih dari 10 tahun mendapat Sijil Perkhidmatan dan Deposit Wang Tunai ke Akaun Tabung Haji berjumlah RM5,000.00 setiap seorang, dan untuk yg lebih dari 15 tahun pun sama juga Sijil Perkhidmatan dan Deposit Wang Tunai ke Akaun Tabung Haji berjumlah RM8,000.00 seorang.


Husband dapat juga coz dia pun dah berkhidmat lebih dari 10 tahun. Pelikkk...naper lakk...suami isteri boleh dapat, coz husband pun keje company yg samaaaa.....ha...ha...ha.... rezeki anak2.

Di atas adalah team department Admin & Finance
(dari kiri; Cik Wawa, Pn. Mazia, En. Hamizal, En. Azman-CEO, En. Mohammad Amin-MD, Cik Hafizah, Pn. Ida dan Pn. Sabrina).

Wednesday, June 15, 2011

MyStory: TRIP TO JAKARTA & BANDUNG-6 Mei 2011

Pemandangan ni dilihat semasa dlm perjalanan dari Jakarta ke Bandong

Dah sebulan balik baru berkesempatan nak menulis psl lawatan mama ke Jakarta/Bandung. Ini adalah lawatan pertama mama ke sana. 10th yg lalu mama dah perneh pegi ke Medan....memang menarik. Nantilah mama masukkan post mama kat Medan tuuu...

Lawatan mama ni bersama kawan2 kat office. Sampai di Airport Sukerno Pak Supir dah menunggu. Disebabkan flight dari KL dah delay, so kami sampai Jakarta pun dah malam. Tempat pertama kami terjah adalah Pasar Senin. Memang surprise....pasarnya tak laaa seluas mana.....jalannya pun berlopak....tapi ramainya pengunjung. Nak jalan pun susah. Cuma teka jual apa kat situ....baju...kain....salahhhh....jual makanan. Tu masa rasa pelik...tempat mcm tu menjual makanan yg beranika jenis dan rupa. Keknya cantek2. Anak2 mama mesti suka kalo dpt kek tuu...kalo mama beli bawa balik, sure tenggelam dlm flight.


Sebenarnya kami takde plan pun nk pegi ke Bandung, tapi disebabkan jalan ke Puncak Bogor terlalu jammed, so kami menukar rancangan dan terus ke Bandung.



Memang betullah orang kata, pegi shopping ke Indonesia kita boleh jadi jutawan, sampai nak berkira duit pun jadi tak reti....semua guna ratus dan ribu rupiah saja. Barang2 memang murah compare di Malaysia.
Dari sudut kualiti, tak banyak beza dengan yg ada di sini, cuma bila pegi ke Factory Outlet di Bandung niii...barang2 brandednya menarik. Penat kaki usah cakap laaaa....namanya lagi berjalan2.... Kalo tak cukup iman...memang tak cukup rupiah dibuatnya. 2, 3juta rupiah pun kalu dibawa tak cukup... sabar....sabar....




Hari ke-2, mlm nanti kami dah nak balik KL. So pg sampai petang ni kami shopping kat Tanah Abang. Ianya sebuah shopping kompleks bertingkat, mcm lawatan mama dekat China tempohari. Tempat shoppingnya juga bertingkat-tingkat. Cuma dekat Jakarta ni tawar-menawar agak susah skit...melainkan kalo 3, 5 helai atau pasang barulah boleh dpt harga murah skit.

OK....shopping time again.....


Agak-agak kengkawan makan tak sup niiiii.... mama tak beli sup tu, mama makan nasi ayam penyek, tak perasan plak, pelayan bagi tag no oder tu.... bahasa lambang budaya.


Mama happy dgn percutian ini, dan Insyallah tahun depan akan ke sana lagi. Semua wajah dah letih ditambah plak flight yg delay lagi....apa pun terima kasih AirAsia....wujudnya dikau membawa ku terbang ke sana ...sini...


Tuesday, June 14, 2011

MyStory: Kawan Ku Bakal Menerima Menantu-2 July 2011

Salam kengkawan....
Surpriseeee..... Kawan mama masa sekolah rendah & menengah.... sek kami nama...Sek Kebangsaan Sg. Tukang Sidin Teluk Intan, Perak. Kami darjah 1 tahun 1977..... ehhh...betul lerr kannn...kengkawan.... dan Sek Menengah Sungai Manik
Bukan teruja sebab apa, sebab kawan mama ni dah nak terima menantu...sedangkan anak mama yg sulung baru darjah 1.....jauh nooo...bezanya tuuu....'menantu' ngan 'darjah 1'....he...he...he...he... apa pun Tahniah buat kawan mama Pn. Normimi Binti Abdul Hamid dan Suami.


Seingat mama laaa... inilah baru sorang kawan mama yg menghantar kad jemputan utk ke perkahwinan anak mereka. Tak tahulah pulak kalo ada kengkawan lain yg dah juga menerima menantu. Tahniah juga buat Tuan/Puan semua.

Insyallah, mama dah beritahu ayah untuk hadir majlis ini, harap2 tidak ada halangan mendatang. Kengkawan juga mama dah tag dalam FB.... so kita jumpa di sana.....
OK..mama tuliskan semula alamatnya.....NO 113, QUARTERS KTMB, JLN PADANG, JLN PELABUHAN SELATAN, 42000 PELABUHAN KLANG, SELANGOR.
sebelum pegi jika tak sure, google laaa dulu.... kang ada yg sampai kelain plak.

Kepada pengantin, Makcik ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU DAN SEMOGA BERBAHAGIAN SEPANJANG HAYAT.
Mimi, tahun depan ko akan menimang cucu, selamat menjadi Nenek.
Mama pun skrg dah jadi Nenek, cucu dah berderet.... Nenek yg Vogue.

Kenangan di bangku sekolah adalah kenangan lalu.... setelah kita remaja...masing2 dengan hala tuju sendiri...setelah itu dengan dunia kerjaya dan seterusnya meniti usia ke penghujung dengan amalan yg dibawa.

Monday, June 13, 2011

MyStory: Cuti Sekolah-10&11June 2011

Ini adalah percutian kali ke-2 bagi penggal pertama persekolahan. Hati mama dah gundah gulana, cuti lama, sure bibik pening kepala kat rumah. Abang akan menyakat adik2, adik2 plak akan menangis je kena sakat. Mama kena atur strategi supaya abang boleh buat sesuatu dan kakak pun tak kacau adik saja.

Abang dan kakak ada homework kena siapkan, so mama kena buat jadual waktu kat rumah.
8.00pg-11.00pg : Rancangan TV/CD
Buat homework and rehat
2.00ptg-3.00ptg : TV
Tidur
6.00ptg : Taman
Minggu pertama OK, walaupun tengok TV tersasar masanya. Bila dah banyak main badan anak2 pun jadi panas...demam ler plakk... so jumpa doktor. W/end minggu ke-2 balik kg. ada saudara buat kenduri kahwin. At the same time, ziarah abang yg kurang sihat di Sabak Bernam.

Minggu ke-2 cuti, mama bawa abang pegi office, coz tengok homework dia masih banyak yg tak siap. So seharian dia buat homework. Rehat 5/10minit dia main, lepas tu sambung buat homework. Top...top mlm tu badan dia panas...agaknya pening coz seharian mengadap buku. Kesian anak mama. Sorry, mama terpaksa buat mcm tu, jika tidak abang tak buat keje. itupun mama terpaksa bawa abang pegi office, kalo kat rumah abang buat main2.
Ingatkan hari berikutnya nk bawa abang lagi ke office, utk dia siapkan homework, tapi kesian kepala dia masih pening, so suruh dia siapkan keje kat rumah saja. Alhamdulillah....dia buat. Sebagai ganjaran ayah bawa family pegi jalan2....

layannnnnn..... PUSAT SAINS NEGARA



hari seterusnya bawa anak2 berenang ke WET WORLD SHAH ALAM. Nk pegi yg jauh2, nanti balik tempuh jammed, so pg yg dekat2 je laaa....

Pagi abang pegi tuisyen kelas dulu, so sementara nak ambik abang, masak2 dan bawa makanan untuk berkelah. Wahhh....menarik gak...dah lama tak buat cam niii...sazzzzzzzzzzzzz....





MyStory: TRIP TO BEIJING: 3rd&4th Day-Story 16

Aktiviti Shopping
Ini adalah story hari ke-3 dan ke-4, aktiviti membeli-belah. Bila dah sampai tahap shopping ni, kira dah hujung2 cerita dahhhh....



Jika mengikut atur cara yg diberikan, shopping hanya 1 tempat sahaja. Tapi kami di bawa ke 2 tempat shopping kompleks.
Shopping kompleks ni mempunyai beberapa tingkat, (tak silap 10 tingkat). Setiap level menjual paling kurang 2 jenis barangan dengan jenama yg berlainan. Contoh level 5, menjual peralatan komputer. Level 3- Pakaian, Level 2-Kasut. Mcm tu laaa lebih kurang.


Time kat situ, kebetulan hari dah petang, mood anak2 pun dah tak berapa betul. Azeem mengamuk, menangis so 1 building shopping kompleks tu boleh dengar suara dia, coz tmpt tu walaupun banyak level, tapi tak besar mana sangat. Alia plak mengantuk, sampai tak boleh nak tahan2. So terpaksa laaa...letak dan suruh dia baring. Masalahnya shopping kompleks ni takde tempat duduk, so mana dannn je laaa dia tido, janji tak mengamuk mcm Azeem.


Shopping kat China memang seronok, banyak barang murah2, janji pandai tawar-menawar.  Guide yg diberikan kepada kami, tawar harga sehingga menjadi 1/2 dari harga asal. Jika rajin pembeli akan mendapat harga yg dikehendaki.


Skrg adalah masa utk kami meninggalkan bandaraya Beijing. Kami perlu berada di Airport Tianjian semula untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.




Thursday, June 9, 2011

MyStory: Main Lumpur-12 June 2011

Peristiwa ni berlaku masa mama n family balik kampung last week. Anak2 akak sebelah rumah pun balik juga. So apa lagi..mereka buat aktiviti 'mengagau'.  he...he...he... ini bukan mandi lumpur yeeee... Rumah mama kat kampung dalam kawasan sawah padi...so tak heran anak2 buah main selut selalu sambil cari ikan.

Tahu ke kengkawan apa itu 'menggagau'. Abang dan anak2 buah mencari ikan kat tepi rumah. Ada sapa2 nak mencuba masuk dalam lumpur tuuu.....bila dah masuk nak naik semula memang susah, coz lumpur and selut dan tebal. Mama takut kengkawan yg ada keinginan nak masuk, tak boleh keluar plak.....kena plak panggil kren utk angkat kau orang.

layannnnnnnnnnnn....

 memula kena terjun dlm air dulu lerr kann...lps tu tebas rumput...supaya ada jalan air utk keluar..... tengok anak buah perempuan aku...dia pun berani nk terjun. kat dalam parit tu ada  ikan haruan, sepat, keli n puyu. Ular pun ada....

anak buah aku main selut.


 bila air dah keluar dan lumpur pun jadi kering, tu yg tak boleh nak angkat badan tuuuu.....


Budak yg pegang bekas je tuuu.... budak yg lahir kat KL, so dia memang penakut nak masuk dalam selut tuu. Berdiri kat tebing je laaa tengok org tangkap ikan dan tolong masukkan ikan dalam bakul. Pacat pun segan nak gigit dia tuuu....
Kat belakang tu pemandangan sawah padi. Tp skrg musim menuai dah habis, just tinggal jerami padi je laaa..