Tuesday, May 31, 2011

MyStory: TRIP TO BEIJING-3rd Day: Story 13

FORBIDDEN CITY


Ok, hari ini adalah hari ke-3 kami berada di Beijing. Pd pagi ini kami dibawa ke tempat dinamakan Forbidden City atau Kota Larangan. Memandangkan kawasan ini amat luas, hampir 1/2 hari kami di sini.

Memandangkan ianya adalah bekas tapak istana maharaja, maka banyak keunikan yg dapat dilihat di dalamnya.

Kalo dah ambik gambar tak tengok kamera, tu tandanya mood tengah tak bagus. Penat laaaa...nak minum laaa...nk dukung laaaa, nk dok atas stoler laaa...
Ok.. kat atas tu (ayah & areef) ada gambar pokok pelik. Pelik tang kejadiannya...umur pokok tu dah beribu tahun. Pokok sebelah tu pula (mama & family) pelik coz dahannya berbelit. Menurut kepercayaan (tour guide yg citer) pokok itu melambangkan penyatuan cinta, so sapa2 yg berhajat boleh ambik gambar kat situ. Mama pun ambik gambar laaa...hajatnya...moga2 boleh sampai lagi nanti ke sana..he...he...he...







Sejarah Kota Larangan
(pautan dari sesawang windowonislam.blogspot.com)

Kota Larangan merupakan istana rasmi bagi maharaja China yang mula digunakan semasa Dinasti Ming Dinansti Qing. Ia terletak ditengah-tengah kota Beijing, China, yang kini menempatkan Muzium Istana. Istana ini telah digunakan sebagai kediaman bagi maharaja dan keluarganya, selain menjadi pusat istiadat dan politik kerajaan China selama hampir 500 ratus tahun. sehingga akhir
Dibina pada 1406 hingga 1420, kompleks ini mengandungi 980 buah bangunan yang terselamat dan 8,707 buah bilik dan merangkumi kawasan seluas 720,000 meter persegi (7,800,000 kaki persegi). Kompleks istana ini menjadi contoh senibina agam China tradisional, pengaruh budaya serta pembangunan senibina di Asia Timur Tapak Warisan Dunia pada 1987, dan disenaraikan oleh UNESCO sebagai himpunan terbesar struktur kayu terpelihara di dunia. dan tempat-tempat lain. Kota Larangan telah diistiharkan sebagai
Sejak 1924, Kota Larangan telah diletakkan di bawah pentadbiran Muzium Istana, yang telah mengumpul banyak artifak dan kerja seni yang telah dikumpulkan semasa Dinasti Ming dan Qing. Sebahagian daripada bekas koleksi muzium kini ditempatkan di Muzium Istana Kebangsaan di Taipei, Taiwan. Kedua-dua muzium berasal daripada institusi yang sama, tetapi telah berpecah semasa Perang Saudara China.


  Story 14: Perusahaan Pearls & Foot Massage

No comments:

Post a Comment