Tuesday, May 17, 2011

MyStory: TRIP TO BEIJING-1st Day: Story 2

1st Day: Story 2
Pengembaraan kami bermula di sini. Kami dibawa ke pertunjukkan Akrobatik. Persembahan aktobatik cina ini memang best dan menarik. Biasa mama melihat pertunjukkan ni dalam televisyen, tapi sekarang apa yg ada dalam televisyen telah mama dan anak2 lihat secara 'life'. Menurut Nilam (pemandu pelancong) 1 minit seorang pelakon berada di pentas, bersamaan 10 tahun latihan yg telah dia jalani. Hanya orang yang melihat persembahan tersebut sahaja boleh menilai apa yg dimaksudkan oleh beliau. Sedikit kesilapan yg berlaku akan mengakibatkan kecederaan dan kemusnahan persembahan tersebut.


Mama cuba mengambil beberapa gambar, tapi telah dihalang oleh pekerja di dalam dewan tersebut. Tanpa kami duga, ramai rupanya pelancung dari Malaysia yg sama2 dengan kami melihat persembahan tersebut.
Keluar dari dewan, Alia ckp...'nak tengok lagiii....' alahai anakku.....


Setelah hampir 1jam lebih melihat persembahan tersebut, perut pun dah rasa lapar. Keluar dari dewan hari dah malam. Waktu Malaysia dan Beijing tak jauh beza. Kami dibawa ke restoran muslim di bandar tersebut. Bila dah lapar mcm2 ragam anak2 akan kelihatan. Dalam restoran ada beberapa pelancung keluarga melayu seperti kami. so kira taklah rasa risau sangat....he..he..he....cuma nama restoran tak tahu nak sebut.


Cuba lihat menu tu....sedapkan....Bismillah....jemput...jemput....
Bila makanan dah terhidang, pihak restoran letak laaa mangkok dan pinggan kecik. Mama ni dok tunggu laaa pinggan nasi...lerr rupanya pinggan kecik tu laaa...pinggan nasi. Jenuh nk belajar makan....lauk dah sedap. Makanan mereke simple, tapi berminyak. Sedap sebab mama ni tak cerewet.

Cuba tengok gambar ni...antik ke buruk ke? Agak2 ade tak kt sini mcm tu. Rupanya kat sana rakyat china menggunakan motor jenis mcm tu. Jauh beza dengan negara kita. Memang nampak mcm tak cukup sifat compare dgn motor kita yg ada berbagai jenis. Motor ni tak laju, slow je...


Selesai makan kami meneruskan perjalanan ke hotel. Apa yg pelik lagi mama temui, dalam perjalanan ke hotel, sepanjang jalan lampu2 jalan tidak terang seperti di Malaysia, malap sangat. Rumah2 flat juga lampu tidak terang, mcm ada takde jeee. Kurang pasti samada negara tersebut memang berjimat cermat atau pandangan mata mama yang dah kabur...

Keluar dari kereta utk masuk ke hotel, suhu dah semakin sejuk. Kami menginap di Hotel Tai Shun Shang Wu. Hotel ni bukan la taraf 5*, tapi Alhamdunillah memadai untuk kami menginap.


Perancangan untuk hari ke-2, esok kami akan dibawa ke Muzium Jed, Great Wall, Crystal Shop, Burning Cream Centre, Wang Fu Jing Shopping Street dan Night Food Market.
Kami diarahkan utk breakfast pukul 7pg dan bertolak pukul 8pg.

Next posts Travel Agent dan kaw. sekitar Hotel.

No comments:

Post a Comment