Monday, May 30, 2011

MyStory: TRIP TO BEIJING-2nd Day: Story 12

TIAN AN MEN SQUARE

gambar ihsan pak google

Pd ketika ini malam telah menjengah, jam menunjukkan pukul 7.16 malam. Pd mlm ini juga kami dibawa ke Dataran Tian An Men. Jika mengikut jadual asal, kami akan melawat Tian An Men Square pd ke esokkan hari, tetapi oleh kerana esok ada urusan rasmi negara, dataran tersebut ditutup untuk pelancung. Menurut tour guide, ada persidangan menteri2.

Gambar2 ni pun di ambil dari jauh jeee....memang rasa sedih skit laaa.... Dah la berjalan jauh, anak2 plak dah keletihan coz dah 1 hari berjalan.

Gambar2 yg terlebih cantik tu adalah belas ihsan dari pak google, sebab kami ambil gambar malam...gelap.





SEJARAH berkaitan Dataran Tian An Men ini mama ambil dari google. Mama suka fakta2 sejarah mcm niii...

Pintu Tiananmen mula-mulanya dibina pada 1420-an ketika Dinasti Ming. Sewaktu kejatuhan Dinasti Ming, perbalahan besar di antara Li Zicheng dan maharaja Qing awal telah merosakkan (atau mungkin memusnahkan) pintu tersebut. Pada tahun 1651 (awal Dinasti Qing), Pintu Tiananmen dipulihkan. Sepanjang zaman-zaman Ming dan Qing, tiadanya dataran awam di Tiananmen; sebaliknya, adanya sebidang laman dalam bertembok berbentuk T courtyard yang dikitari pejabat-pejabat kementerian, biro dan agensi. Laman dalam itu dibesarkan menjadi saiz sekarang serta disaluti simen pada tahun 1958.
Tentera-tentera British dan Perancis yang menyerang Beijing pada tahun 1860 mendirikan khemah berhampiran pintu Tiananmen dan pernah sesekali ingin meranapkan pintu dan seluruh Kota Larangan, namun akhirnya memutuskan agar istana besar itu dibiarkan, sebaliknya Istana Musim Panas maharaja dimusnahkan. Maharaja Qing ketika itu pun bersetuju untuk membenarkan kuasa-kuasa asing menubuhkan markas di kawasan tersebut. Sewaktu tercetusnya Pemberontakan Boxer pada tahun 1900, bangunan pejabat dan kementerian teruk dimusnahkan akibat serbuan. Pada peleraian konflik ini, kawasan ini menjadi ruang bagi kuasa-kuasa asing menghimpunkan askar-askar dan kuda-kudanya. Kawasan terbabit dikosongkan serta merta untuk memberi laluan kepada kelahiran apa yang dikenali sebagai Dataran Tiananmen.


Dekat dengan pusat dataran sekarang, berhampiran tapak Makam Mao Zedong, pernah didirikan salah sebuah pintu besar yang terpenting di Beijing. Pintu ini dikenali sebagai "Pintu Ming Besar"ketika Dinasti Ming, "Pintu Qing Besar" ketika Dinasti Qing, dan "Pintu China" ketika zaman Republik China. Berbeza daripada pintu=pintu besar lain di Beijing seperti Tiananmen dan Qianmen, pintu ini sekadar beristiadat, bergerbang tiga tanpa benteng, serupa gayanya dengan pintu istiadat yang didapati di Makam Dinasti Ming. Pintu ini berkedudukan tinggi selaku "Pintu Negara", seperti yang boleh dilihat dari berbilang namanya yang berturut-turut. Pintu besar ini biasanya tertutup, melainkan apabila Maharaja hendak merentasinya. Lalu lintas awam dilencongkan ke dua buah pintu tepi, masing-masing di sisi utara dan selatan dataran sekarang. Oleh sebab berlakunya pelencongan inilah, wujudnya sebuah tapak pasar bernama Jalan Papan Catur di dataran besar berpagar di selatan pintu ini.
Pada 1950-an, Pintu China (namanya ketika itu) diruntuhkan bersama-sama Jalan Papan Catur di selatan, maka lengkapnya peluasan Dataran Tiananmen ke saiznya hari ini.


Digunakan sebagai tempat bperhimpunan besar-besaran sejak dibina lagi, dataran ini beralaskan Tugu Wira Rakyat berketinggian 38 meter (125 batu) yang lengkap pada tahun 1958, serta Makam Mao Zedong yang disiapkan pada tahun 1977. Dataran ini terletak antara dua buah pintu gergasi yang dibina pada zaman silam, iaitu Tian'anmen di utara dan Zhengyangmen atau Qianmen (Cina Ringkas; Cina Tradisional; pinyin: Qiánmén, "Pintu Hadapan") di selatan. Di sepanjang sisi barat Darat terdapat Dewan Besar Rakyat. Sepanjang sisi timur pula ialah Muzium Kebangsaan China (yang dikhususkan untuk sejarah China sehingga tahun 1919). Lebuh Chang'an yang digunakan untuk perarakan terletak antara pintu Tiananmen dan Dataran Tiananmen. Pokok-pokok menghiasi sisi-sisi timur dan barat Daratan, tetapi dataran itu sendiri terbuka tanpa kelihatan pokok ataupun bangku.


Dataran Tiananmen pernah dijadikan tapak berlakunya sebilangan peristiwa politik dan bantahan golongan pelajar. Ini termasuklah pengisytiharan Republik Rakyat China oleh Mao Zedong pada 1 Oktober 1949; pameran ketenteraan besar-besaran tahunan pada setiap Hari Kebangsaan sehingga 1 Oktober 1959; perarakan tentera ulang tahun ke-35 Republik Rakyat China pada tahun 1984 dan ulang tahun ke-50 pada tahun 1999; dan juga perhimpunan besar-besaran ketika Revolusi Kebudayaan.
Tapak ini juga pernah menempatkan berbagai-bagai demonstrasi oleh pihak yang berkuasa, termasuk Perarakan Kemenangan Tentera Berikat bagi meraikan pendudukan Beijing pada tahun 1900, perarakan besar Jeneral Zhang Xun pada Jun 1917 sebagai memperingati pemulihan perintah agung oleh beliau, pengasasan rejim boneka di bawah pemerintahan Jepun, perarakan tentera Republik setelah menawan kembali Beijing, dan juga "pearakan Hari Kebangsaan panjang lebar tidak lama selepas Tentera Pembebasan Rakyat melimpahkan Dataran dengan darah pada tahun 1989."
Dataran Tananmen juga menjadi tapak berlakunya berbilang pergerakan tunjuk perasaan.
Bantahan tahun 1989 mengakibatkan pembunuhan ramai sekali penunjuk perasaan China di jalan-jalan di sebelah barat dataran dan kawasan sekitar. Sesetengah wartawan Barat yang berada di dataran itu ketika peristiwa itu berlaku melaporkan bahawa mereka tidak menjumpai sesiapa yang sebenarnya mati apabila berada di dataran, namun dapat melihat orang ramai dibasahi darah tetapi tidak pasti sama ada mereka sudah mati atau cuma cedera.


...Story 13: Forbidden City..

No comments:

Post a Comment