Tuesday, May 24, 2011

MyStory: TRIP TO BEIJING-2nd Day: Story 9

BEI JING BAO SHU TANG SCI-TECH PHARMACEUTICAL CO., LTD.

Menyambung cerita berkaitan percutian mama & family, kali ini kami  dibawa pula ke Burning Cream Centre. Di sini kami di tunjukkan beberapa jenis ubat dan demo berkaitan ubat-ubatan cina.


Mama dah lupa siapa nama Cik ni, tapi semasa penjelasan diberikan kepada kami dia bertutur bahasa Indonesia, so bolehlah faham apa yg dia cakap. Apa yg lebih mengejutkan kami, sampai mama lupa nak ambil pic, dia telah membuat demo memegang rantai besi yg panas. Sebab apa mama kata panas, rantai besi tu dibakar dgn menggunakan api di depan kami. Dia telah memegang rantai tersebut dan dgn cepat dia telah menggosokkan tangan yg melecur dgn krim yang telah disediakan. Ha...ha...ha...itulah motifnya...buat demo, lepas tu jual ubat mereka.


OK, sekarang mama dan ayah pula dijadikan demo. Dengan menggunakan peralatan moden, letakkan jari manis. Dari skren akan kelihatan perjalanan darah dalam kepala. Dari situ dia anak analisis jenis2 peredaran darah samada berjalan dgn lancar atau tidak. Jenis2 penyakit yg telah ada dalam badan juga dia akan tahu. Mana2 bahagian pembuluh darah yg kelihatan sempit dan perlahan akan dapat dilihat melalui skren tersebut. So kalau rasa taknak beli apa2, jgn cuba2 buat test ni, jika tidak memang terpedaya laaa jadinya.

Perasan tak kat sebelah tangan mama tu ada 1 cawan (warna hitam). Cawan tersebut diperbuat dari batu (perubatan) yg dibentuk menjadi  cawan. Ada sesetengah batu dijadikan gelang tangan. Semasa giliran mama buat demo, kelihatan beberapa pembuluh darah yg aliran darahnya perlahan, so dia minta tangan kanan  pegang cawan hitam tuu.....tak sampai 1 minit pegang benda tuuu...aliran darah dalam pembuluh kelihatan lancar dan laju. Itulah motifnya..... sapa nak cuba boleh pegi sana.

zazzzzzzz......

Jika dilihat dari dlm gambar tu, latar belakang pusat perubatan tersebut. Memang besar....


....Story 10: Silk Store...

No comments:

Post a Comment