GREAT WALL OF CHINA
Masih di hari ke-2. Kali ini mama nk cerita semasa kami berada di Great Wall.
Orang kata bila dah menjejakkan kaki ke China tidak lengkap percutian sekiranya tidak menjejakkan kaki ke Tembok Besar China. Sebagai salah satu dari tujuh keajaiban dunia, memang rawan rasa di hati kerana kaki akan menjejaki tapak sejarah yg mashur tersebut. Menurut sejarahnya, tembok tersebut adalah hasil buatan manusia paling panjang di dunia iaitu 6,450 kilometer. Menurut sejarahnya tembok tersebut merentangi banjaran yg tinggi dari Genting Shanhaiguan di wilayah Hebei hingga ke Jiayuguan di wilayah Gansu.
fuhhh...penat sungguh, dah laaa sejuk.
Bersyukur dengan rezeki yg telah Allah kurniakan, kerana cita2ku telah tercapai untuk sampai ke salah satu keajaiban dunia. Percutian dengan anak2 menggembirakan hati mereka.
Sebelum perjalanan turun, anak2 sempat makan ais-krim kat atas tuuu...dah la sejuk, makan ais-krim lagi.
'Great Wall, mungkinkah 1 hari nanti, aku akan sampai lagi....'
SEJARAH GREAT WALL
fakta di perolehi dari http://windowonislam.blogspot.com
Tembok Besar China (Cina mudah:Cina tradisional, harafiahnya Bandar 10,000 Li panjang), merupakan kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming, untuk melindungi China daripada serangan puak Mongol dan puak Turkic. Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-3 SM terhadap perompak puak-puak nomad yang datang dari kawasan yang dikenali hari ini sebagai Mongolia dan Manchuria.
Panjang tembok ini ialah 6,352 km, daripada Shanhai Pass sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang
Lima pembinaan semula utama telah dicatatkan:Panjang tembok ini ialah 6,352 km, daripada Shanhai Pass sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang
1. 208 SM (Dinasti Qin)
2. Abad ke-1 SM (Dinasti Han)
3. Abad ke-7 (Dinasti Sui)
4. 1138 - 1198 (Zaman Lima Dinasti dan Sepuluh Negara)
5. 1368 - 1640 (Dari Maharaja Hongwu sehingga Maharaja Wanli pada Dinasti Ming)
Tembok Besar China mula dibina pada abad ke-9 sebelum Masihi. Demi menghalang pencerobohan suku kaum di bahagian utara, pemerintah di tengah China pada waktu itu telah membina tembok yang menyambungkan kubu-kubu pertahanan di kawasan sempadan, itulah Tembok Besar yang paling awal. Sehingga Zaman Negeri-negeri Berperang, perang berlaku terus-menerus antara bangsawan dan raja pelbagai negeri. Demi menghalang serangan negeri lain, pelbagai negeri masing-masing telah membina Tembok Besar di kawasan pergunungan. Pada tahun 221 sebelum Masihi, Maharaja Qinshihuang Dinasti Qin telah menyatukan China. Baginda menyambungkan Tembok Besar yang dibina oleh pelbagai negeri sepanjang lebih 5 ribu kilometer bagi memghalang serangan askar suku kaum normad di padang rumput Mongolia di sebelah utara. Selepas Dinasti Qin, Dinasti Han telah memanjangkan Tembok Besar itu sehingga lebih 10 ribu kilometer. Dalam masa selama lebih 2 ribu tahun yang lalu, penguasa pelbagai dinasti China masing-masing telah membina Tembok Besar, panjang keseluruhannya mencatat 50 ribu kilometer, lebih panjang daripada satu lingkaran bumi. Projek Tembok Besar sungguh menakjubkan.
Tembok Besar yang disebut umum itu adalah Tembok Besar yang dibina pada zaman Dinasti Ming iaitu dari tahun 1368 hingga tahun 1644. Hujung baratnya sehingga di genting Jiayuguan di Provinsi Gansu di barat laut China dan hujung timurnya di pinggir Sungai Yalujiang di Provinsi Liaoning di timur laut China, panjangnya mencatat 7,300 kilometer.
Sebagai projek pertahanan ketenteraan, Tembok Besar dibina menurut tinggi rendah lereng gunung dan melintasi padang pasir, padang rumput dan tanah paya. Tukang bina zaman purba China telah membina struktur yang berbeza-beza berdasarkan keadaan muka bumi yang berbeza dan telah memperlihatkan kepakaran dan kecerdikan mereka.
Sebagai projek pertahanan ketenteraan, Tembok Besar dibina menurut tinggi rendah lereng gunung dan melintasi padang pasir, padang rumput dan tanah paya. Tukang bina zaman purba China telah membina struktur yang berbeza-beza berdasarkan keadaan muka bumi yang berbeza dan telah memperlihatkan kepakaran dan kecerdikan mereka.
Tembok Besar umumnya dibina di puncak gunung, di sebelahnya adalah lereng gunung terjal yang curam. Tentera musuh sukar untuk melancarkan serangan terhadap tentera yang bertahan di Tembok Besar.
.... baca lagi Story 8, Maharaja & Maharani
No comments:
Post a Comment