Tuesday, August 2, 2011

MyStory: SALAM RAMADHAN 1432

Assalamualaikum,


Shukur Alhamdulillah, Mama masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan kali ini. Begitu juga hendak buat kawan2 dan kenalan di luar sana, semoga semuanya sihat sepanjang menjalani ibadah puasa.

Malam pertama Ramadhan, Mama, Ayah dan Alia pergi ke Masjid Al-Hasanah di Seksyen 9. Sebab pegi dah lambat, so kenalah solat kat luar. Mama pun tak kisah, coz kat luar angin bertiup lembut. Ramai gak yg dok dalam keluar, mungkin panas kot.

Hari ini adalah hari ke-2 umat Islam berpuasa. Sedikit perbezaan kerana tahun ini Mama tak perlu nak tergocoh-gocoh balik kerja untuk membeli juadah berbuka coz dekat rumah dah ada orang yg masak. Tapi semalam dah pesan kat Ayah, beli gak laaa..kuih sikit2 untuk pemanis mulut selain buah kurma.
Anak2  berpuasa pagi jeee... masuk tengahari dah mula merengek. Last juga buka juga laaa...

Perasaan Mama menyambut Ramadhan dan Aidilfitri kali ni agak sedikit sedih kerana Ibu yg tersayang dan Abang telah pergi buat selama2nya pd bulan Rejab dan Sya'aban yg lalu. Demi anak2 Mama buat juga persiapan ala-kadar agar tidak membazir. Tempah baju, kuih-muih dan sedikit persiapan untuk balik beraya ke rumah mertua di Sabah.

Pd petang tadi, Mama singgah Pasar Ramadhan di Desa Tasik, dekat skit laaa dengan office, itu pun semata-mata nak cari kuih kolle kacang (mcm tu ke ejanya..). Masa Mama singgah, jam baru pukul 4.45 petang, so kira orang tak ramai lagi laaa...lengang jeee...




Kepada semua kawan2 dan pelanggan2 yg telah membeli tudung2 Mama, Terima Kasih dan Selamat Berpuasa.

No comments:

Post a Comment