Wednesday, August 3, 2011
MyStory: TAZKIRAH & JAMUAN JUMAAT - 22 JULY
Seperti telah menjadi satu amalan di syarikat tmpt Mama bekerja ini kami akan memanggil mana2 Ustaz untuk memberikan ceramah agama bulanan. Bersempena dgn kedatangan bulan Ramadhan 2 minggu lagi, Ustaz yg dijemput memberikan tazkirah berkaitan Ramadhan, Persediaan menghadapi Ramadhan, amalan2 terbaik sepanjang bulan Ramadhan dan sambutan menghadapi Aidilfitri.
Selepas 1 jam ceramah diadakan, sedikit jamuan ringan dihidangkan untuk kakitangan syarikat.
Pd pukul 11.30pagi Mama menerima perkhabaran yg menyedihkan, Abang sulung Mama Zainal Abidin telah kembali kerahmatullan. Walaupun Mama telah sempat menemui abang 2 hari sebelum dia pergi, Mama tetap merasa sedih kerana mengenangkan arwah mak yg juga telah pergi dalam jarak 3 minggu dari arwah abang. Siapakah kita untuk melawan takdir yg telah Allah tetapkan. Apakan daya dah itu janji mereka dengan Allah.
Selepas solat Jumaat, Mama, Ayah dan Alia bertolak ke rumah abang di Sabah Bernam. Kami hanya sempat menemui jenazah semasa hendak di bawa ke kubur pada pukul 5.30 petang. Alhamdulillah segalanya telah selesai dan pada malam tersebut setelah kenduri Tahlil, Mama balik ke Bangi semula.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment