Sepanjang bulan puasa, boleh dikatakan kami hanya berbuka di rumah sahaja. Masak dan beli skit2 lauk di luar. 1 day Ayah bagi cadangan, apa kata next week kita berbuka kat luar. Mama suruh ayah pilih tempat. Last2 kami bersetuju utk pergi ke Muara di Klang.
Kami pilih hari Sabtu utk makan2 di sana supaya senang nak pegi/balik. Bila hari2 bekerja faham2 je laaa...penatnya lebih. 3 hari sebelum kami kesana Mama dah call utk buat booking tempat. Kalau tak booking....alamat tak bertempat dan tunggu orang lain siap makan dulu laaa jawapnya.
Lepas solat asar kami bertolak ke Klang. Alhamdulillah...hampir pukul 6 juga baru sampai kesana. Mama turun dulu tgk tempat yg dah booking and lepas tuuu..terus pilih makanan laut yg hendak di masak. Lepas pilih beratur punya laaa panjang nak timbang dan pilihan utk masakan.
inilah hasil tangkapan ku, tp lepas Ayah tengok dia tambah lagi beberapa ekor ikan.
nampak tuuu...ada agar2 pandan bersantan, Mama bawa dari rumah.
kenapa Areef ni pejam mata pulak?
dekat tepi2 benteng tuu ada ramai orang berjualan. Ada pulak tuu orang jual mercun...so apa lagi anak2 ku sangkut kat situ laaaa...
No comments:
Post a Comment