Thursday, August 4, 2011

MyStory: MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SAUDARA-24 JULY

Assalamualaikum...

Pd 24hb Julai lalu Mama berpeluang menghadiri majlis perkahwinan anak saudara sebelah Ayah. Perkahwinan anak Abang yang diadakan di Kem Paya Jaras Sg. Buluh. Satu-satunya abang ayah yang berada di Semenanjung dan ini adalah anak perempuan sulungnya berkahwin. Anaknya ni kembar sepasang, tapi jodoh telah sampai kepada yg perempuan dahulu.

Kenapa buat dalam Kem? Oooo...abang ipar Mama tu seorang Tentera, mungkin sebab itu mereka boleh mengadakan majlis di dewan dalam Kem. Semuanya di uruskan oleh tentera.

Mari kita layan gambar2 yang Alia/Mama ambik.




ada rupa adik beradik tak?

Selesai menghadiri majlis, Mama singgah di salah satu Flat Tentera dalam Kem tesebut untuk menziarah kawan lama Mama. Kami tinggal sama semasa dok bujang di kampung baru, 10 tahun lalu. Cuma masa jumpa kawan Mama tu, lupa laaa plak nak ambil gambar dgn dia. Jika tidak ada laaa kenangan untuk di lihat2 bila teringatkan masa2 lampau...

No comments:

Post a Comment