Monday, July 11, 2011

MyStory: MENCARI BUKU KE JLN T.A.R-10 July 2011

Bismillahirrohmanirahim....

Apa mama cari ke Jalan TAR? dah lama tidak kesana...tetiba semalam mama ke sana sorang2. Selepas bagitahu dengan ayah mama nak cari buku, tak sampai 1 jam mama dah berada di Wisma Yakin, destinasi pertama utk mencari buku Majmur Syarif terjemahan Ahmad Sunarto.


Dah seminggu mama meng-goggle buku tu utk mencari pengedar yg menjualnya dia sekitar Bangi, Kajang atau KL. Mama pegi PKNS Bangi... takde, pegi Warta...takde, pegi Giant ...siap tempah dgn jurujual tu jika dia mengambil buku2 di Jln TAR. Setelah 3 hari, mama pegi semula ke kedai buku tuuu...mana tahu dah ada...dia kata buku tu dah takde...stok baru dah tak ambil dari Indonesia. So bila Plan A mama utk membeli buku tu di kedai2 buku tidak berjaya mama buat Plan B, hantar email dengan sorang kenalan mama di Bogor, Indonesia. Mama minta tolong dia tengokkan buku tersebut sekiranya ada di kedai2 buku di sana.

Kedai buku Fajar Ilmu Baru Ent.di Tingkat 2, Wisma Yakin. Memang banyak tajuk buku yg sama 'Majmur Syarif' tapi terjemahan oleh orang yg di cari tidak ada. Jurujual ckp, buku tersebut dah habis. Mama belek2 buku terjemahan oleh orang lain, dah tak jumpa yg di cari, mama rasa lebih baik beli yg ada, isi kandungan tak jauh beza. Selepas bayar mama berjalan di lorong2 belakang Jln TAR, sambil2 melihat kain2 baju dan tudung2. Last2 terbeli laa juga 2 helai.




Untuk memuaskan hati mencari buku tu (ikhtiar cari sebelum masuk Plan B), mama singgah pula di kedai buku Pustaka Mukmin di hadapan Pustaka Minerva Jln TAR. Belek buku2 agama kat situ, tapi tak jumpa pun buku yg dicari. Last2 tanya kat jurujual India kedai tuu... dia carikan....Alhamdulillah...dia ambilkan 1 naskah utk mama. Mama pegi tengok kat tempat buku tu dia ambil...emm...ada 2 naskah lagi...mama terus beli semua. Mama nak bagi pd Kakak2 mama, supaya dia tak payah pinjam orang lain punya dah.


Dah jumpa barang yg di cari, mama terus balik, KL masing hujang, jam dah pukul 1.30ptg. Esok mama nak email semula pd kawan di Bogor tu, beritahu mama dah jumpa buku yg di cari. So pesanan di batalkan untuk ketika ini. 

No comments:

Post a Comment