Semasa peristiwa ini berlaku mama dan anak2 masih di kampung. Semasa mama nak hantar ayah balik Bangi (ayah balik dulu), mama dah rasa kereta bunyi lain macam. Ayah dah siap2 cakap, jika kereta tak boleh stat buat mcm tuuu...buat mcm niiii.... Alhamdulillah lepas hantar ayah kat bas-stand, mama singgah pasar mlm dan terus balik. Selamat sampai rumah.
Keesokkan harinya selepas kenduri hari ke-3, pergi ziarah saudara sebelah kakak yg sedang sakit di Kampung Gajah. Namun malang tidak berbau, di tengah perjalanan kereta berhenti, semua lampu menyala dan alarm kereta pun berbunyi. Stat enjin tak mahu idup...aaaa...sudahhhh. Nasib baik masa nak pegi ziarah tu 2 kereta, so utk tahu apa masalahnya, pinjam bateri kereta 1 lagi dan cuba stat, memang laaa boleh....tapi mama ni manalah faham sangat pasal kereta2 niii... call abang kat rumah utk datang belikan bateri baru. Petang tu juga kereta masuk bengkel utk rawatan. Memandangkan peristiwa berlaku hari ahad, bengkel plak tak operasi, tinggallah kete kat tmpt tu dulu. Kononnya esok (isnin) pagi2 pegi ke sana semula.
Alhamdulillah, tengahari baru siap. Tukar bateri dan tukar alat dalam ejen hampir 1K juga melayang. Tapi takpe....nasib baik rosak kat kampung, kalau dalam perjalanan mama nak balik Bangi, sure 'masak' di buatnya, dahlah mama balik ngan anak2 saja. Apa pun semua dah selamat.
No comments:
Post a Comment