Assalamualaikum semua....
Setelah beberapa hari tidak menjenguk ruang blog, hari ini mama menguatkan hati dan semangat untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. Memang agak sedih apabila mengingatkan peristiwa yg baru dilalui. Mama kehilangan orang yg disayangi dan tidak mungkin berganti. Mak mama telah kembali ke rahmatullah dalam usia 88 tahun pada 2.35pagi, 1 Julai 2011 bersamaan 29 Rejab 1432.
Di saat arwah menghembuskan nafas terakhir hanya 2 orang kakak yg sedang menemani di Hospital Teluk Intan. Mak dah tak sedarkan diri dari dari tengah malam tersebut. Menurut kata kakak yg membawa mak ke hospital pada pagi 30 Jun 2011, pd ms tu Mak masih boleh bercakap, cuma berjalan dah tak boleh. Mak mengalami bengkak tangan dan kakak membawa mak berjumpa doktor di hospital. Disebabkan bengkak tangan Mak agak serius doktor memberi candangan utk membuat pembedahan. Namun begitu setelah peperiksaan di lakukan pd badan Mak, pembedahan dibatalkan kerana Mak terlalu tua.
Pd lewat malam keadaan Mak semakin merisaukan, setiap 1/2jam, kakak telefon mama utk update keadaan Mak. Mama memang dah plan nak balik kg esok pagi (Jumaat). Kakak ckp dlm pukul 12 lebih malam Mak ditolak ke ICU, Mak mengalami ganguan pernafasan. Diberikan bantuan oksigen, tapi Mak tak boleh nak gunakan benda tuuu... dlm keadaan begini kami redha dengan ketentuan yg telah Allah janjikan untuk Mak.
Pd pukul 2.35pg, doktor telah sahkan Mak telah pergi meninggalkan kami anak2, cucu2 dan cicit2nya. Memanglah sedih, coz mama tak sempat nak jumpa Mak. 2 hari sebelum mak meninggalkan kami, mak sembang dengan kakak, bagitahu mama ngan family akan balik beraya ke sabah tahun ni....ishkk...ishkk..
Kali terakhir mama jumpa Mak semasa balik kg 3-5 Jun lalu. Mak seperti biasa, malah semasa kami nak balik semula ke Bangi, mama tidak merasakan sebarang perubahan pada diri Mak.
Kini, hanya tinggal kenangan masa silam bersama Mak. Cerita2, nasihat2, larangan2 yg pernah mak cerita adalah pengubat rindu mama pd beliau. Selagi hayat di kandung badan dan mama memperolehi kesihatan, doa mama sentiasa mengiringi arwah Abah, Mak, Abang dan Kakak yg telah pergi, Insyallah.
Al-Fatihah. Amin.
No comments:
Post a Comment