Monday, January 10, 2011

MyStory: Hari Yuran Sek Keb Sg Ramal Dalam-8 Januari 2011

Mama dh lama tinggalkan zaman persekolahan. Masa sek dulu pun tak ingat dah masa bila arwah abah bayar yuran. Jumlahnya pun mama dah tak ingat. Agaknya ada ke sampai mencecah RM100 kat sek kampung ms tuuuu....?? Last saturday adalah hari untuk ibubapa membayar yuran sek kebangsaan Areef. Kami pergi semua....coz Alia nak tengok sek Areef dan Azeem pula bg peluang kat dia berjalan dan berlari. Ayah ambik no giliran untuk berjumpa cikgu.





Yuran dibayar ikut kelas masing-masing. Selepas diadakan saringan hari Rabu lepas, Areef dah bertukar kelas ke Darjah 1 Amanah. Mama tak pasti nk ckp mcm mana penyusunan pelajar mengikut kelas2 yg ada, bijak, terlebih bijak, pandai terlebih pandai, cedik, kurang cerdik atau kurang pandai. Pd mama di peringkat awal persekolah ni...susah nak kategorikan mereka niii...coz mood belajar di peringkat ni tak boleh dipaksa. Nanti bila dah pandai membaca dan mengira, barulah boleh dilihat perkembangan mereka secara lebih meluas.
Tahun 1 cuma ada 5 kelas saja - OPTIMIS, KREATIF, DEDIKASI, AMANAH  dan BESTARI.

No comments:

Post a Comment