Berikut adalah aktiviti pertama untuk tahun ini bg pendudukan taman perumahan Seksyen 8, Fasa 2 Bandar Baru Bangi. Memandangkan negeri selangor katanya adalah negeri yg paling tertinggi catatan denggi, maka gotong royong ini adalah untuk membersihkan longkang2 dan kawasan sekitar taman.
Selain penduduk taman gotong royong ini disertai juga oleh Kementerian Kesihatan dari Kajang, Majlis Perbandaran Kajang dan Alam Flora.
Mengikut aturcara yg telah diberikan, pg2 diadakan senamrobik. Mama joint tp ambik gambar jeee... ayah yg joint bersenam. Anak2 pula lebih kepada sibuk bermain. Mama tak pasti Instructer dr mana mereka ambil, tapi OK laaa.....
Dah berpeluh semua, breakfast kenyang2, briefing dari wakil Kem. Kesihatan Hospital Kajang berkenaan denggi. barulah stat buat keje. Hanya orang2 lelaki yg diarahkan membersihakan persekitaran taman. Meraka dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Manakala kaum wanita mengemas dan membersihkan surau.
Setelah surau bersih, acara kanak2 pula menyusul. Peraduan mewarna.
Time penutup majlis pukul 11.30pg, mama dah balik rumah. Azeem dah penat. Sampai rumah baring terus dia tertidur.
No comments:
Post a Comment