Friday, October 14, 2011

MyStory: Seminar Sehari Di Matrade

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua rakan2 dan saudaraku. Semoga sentiasa di dalam rahmat dan keberkatan dari Allah yg Esa.

2 hari lepas Mama berkesempatan utk menghadiri 1 seminar di Matrade Jln Duta. Kalau bukan sebab Boss suruh study and research berkaitan Geran Kerajaan yg di sediakan utk SME company mungkin Mama pun tak sampai kesana. 




Cabaran utama untuk kesana adalah lokasi pejabat Matrade yg Mama kurang pasti. Mama cuma tahu Jalan Duta. Dari jalan tu memang boleh nampak bangunan Matrade. So dalam hati tawakal je laaa... GPS memang takde...walaupun ada BBerry, tapi tak tahu dlm tu ada GPS (kesian sungguh...) Signboard jalan tak banyak yg ada tulisan Matrade...so bila hilang je tulisan tuu...Mama dah risau. Kalo sesat memang dah takde cara...tanya jeee orang2 tepi jalan.
Apa pun shyukur juga laaa coz rupanya jalan yg Mama masuk tu betul. So kira time tuu sampai memang awal sangat laaa...


Bila dah register, bila tengok agenda takde plak disediakan sarapan, so apa lagi..cari laaa cafe2 yg ada kat situ utk makan pagi.
Alhamdulliah, overal the seminar mencapai objektif utama, cuma tak pasti sama ada boleh implement or not to my company.


mari layannnn


cafe

dewan seminar


Monday, October 3, 2011

MyStory: Hari Prestasi Tadika Kristal Kreatif

Bismillahirahmanirahim.

Mungkin seperti tadika2 lain, sekolah mereka juga mengadakan hari prestasi bg membincangkan perkembangan pembelajaran anak2 di tadika. Pertemuan ini adalah bagi penggal ke-2. Penggal pertama telah diadakan pd bulan Jun lalu.



Setiap ibu bapa diperuntukan selama 15 minit bagi mengetahui perkembangan pembelajaran anak2 masing. Sebarang perbincangan, cadangan, komen berkaitan anak2 boleh dibentangkan pd ms pertemuan ini.





Anak Mama, Alia berada dalam kelas Silver. Terdapat 2 kelas bagi kanak2 5 tahun, kelas Silver dan Titanium. Guru kelas Alia, Teacher Nana. Sesi pertemuan Alia berakhir dalam pukul 11.45pagi, selepas kami merasa sedikit hidangan yg disediakan.

 Alia and Teacher Nana

 Alia and Teacher Izan (Headmaster TKK)

Terima kasih keapada semua guru2 di TKK.

Tuesday, September 27, 2011

MyStory: YUMMIE KEDAI BAKERY

Assalamuaalikum,



Hari ini Mama nk citer pasal, kedai Mama beli barang2 buat kuih-muih dan kek. 1st time pegi laa katakan...cukup teruga, coz harga barang2 agak murah dan mempunyai banyak pilihan. Pegi ni dah lama mlm lepas hantar Aref tuisyen kelas, kebetulan pulak kelas dia tuuu..selang 2 kedai dengan kedai bakery niii...so mlm tuuu tak ckp masa nak pilih brg. Dah laaa orang ramai, kedai tu besar...tp sebab brg banyak..jd laluan jln agak sempit.

Entry lepas Mama dah citer psl percubaan pertama Mama buat apam pokodot...so semua bahan2 tu Mama beli kat kedai niii... Mari layannnn...

Zazzzzzzzz....

berbagai jenis dan saiz cub cake


kotak-kotak untuk kek


acuan biskut


tepung, gula, bijirin dan lain2


perisa dan pewarna


tu dia anak daraku, tak pasti apa kat belakang dia tuuu...
so kalo sapa2 nak terjah kat Yummie silakan, semua adaaaa...

opppsss...lupa nak bagi landmark...kedai ni kat Seksyen 9 Bandar Baru Bangi.
tak jauh dari PKNS Bangi, Masjid Seksyen 9, Manjaku, Maybank.
cuba-cubalah cari yeee...pasti jumpa.

Monday, September 26, 2011

MyStory: TAMAN MINI

Assalamualaikum,

Bg memulakan kisah hari ini, Mama nak cerita psl taman sekangkang kera milik Mama. Taman ni terletak kat luar pintu pagar rumah. Mulanya dulu kat situ ada sepohon kayu yg mulanya kecik je, tapi bila dah 3 tahun, pokok tu jadi besar dan tinggi. Mama dan kakak Mama (kebetulan dia dtg rmh kakak time tuu...) telah menebang pokok dah besar tuuu...dibantu dgn bibik dan Azeem, budak lelaki kecik. Boleh tahan juga dahan dan ranting2nya masa pokok tuuu... Kami telah menarik dan mengangkut dahan/ranting pokok ke tepi sungai. Nasib baik langkah2 tersebut cepat dilakukan, coz skrg taman perumahan telah di pagar.

Berbalik kpd cerita taman mini tuu..Mama berkira2 setelah tanah2 rata...nk taman pokok mempelam laaa...jambu laaa... rambutan laaaa....smpaikan teringin gak nk tanam durian. Melampau betul imaginasi Mama ni, dgn keluasan 3 x 2 kaki apalaaaa..sangat yg boleh di tanam.

Bagi menafaatkan keluasan tersebut Mama bincang2 dgn bibik supaya kami boleh menanam pokok2 yg berguna terutama utk yg digunakan dalam masakan, seperti...pokok asin-asin, serai, kunyit, limau purut, kunyit, pokok daun kari dan secara tak sengaja, (kami tak tanam) pokok betik pun dah hidup kat situ.

layannnnnnnnnnnnn.....


beli anak pokok limau kat pasar tani bangi


serai, daun kari, kunyit, pokok asen2 dah mula hidup...


sapa pandai teka, pokok betik nii jantan ke betina?
kalau jantan, Mama ingat nak musnahkan jeeee...bleh tanam pokok lain kat situ.

Monday, September 19, 2011

MyStory: PERCUBAAN PERTAMA

Bismillahirahmanirahim.

Apa Mama dah buat yeee.....ha..ha..ha...orang lain dah teror buat kuih ni, Mama baru nak mencuba-cuba. W/end lepas Mama telah membuat Apam Pokodot. Buatnya senang saja, tapi prosesnya agak renyah. Buat sekali 2 adunan, berlagak time tuu..ingat sekejap je prosesnya....rupanya dari stat buat pukul 2.30petang sampai kul 5.30ptg. Mungkin sebab Mama buat banyak warna dan banyak jem...itu sebab jadi lama sangat.

Maaf kengkawan kat office, Mama tak sempat nak bawa, next time buat lagi Mama bawa utk you all.

dalam inti jem kiwi

inti jem strawberry dan oren

kurang 1 warna, hijau takde..... next time bleh letak warna hijau plak.


Ini pula adalah percubaan Mama yg ke-2.
Mama buat seminggu selepas percubaan pertama.




Wednesday, August 24, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum,

emmm....raya telah semakin hampir....plan kami sekeluarga akan balik Teluk Intan dulu, hari Isnin kami akan flight untuk balik ke Sabah pula. Apa pun kubur kubur emak/ayah kena pegi dulu, baru mungkin hati Mama rasa tenang.

Tidak ada persediaan yg istimewa untuk raya kali ni. Sambutan sama je dengan raya2 tahun lepas. Kesian kat keluarga di Sg. Manik, coz Mama 1 family tidak beraya di sana. Sib baik Sg. Manik tu dekat, so bleh balik bila2 masa walaupun tak raya.

Kepada semua saudara-mara, sanak-saudara dan kenalan Mama, Mama ingin menyusun 10jari tanda kemaafan buat kalian semua. Sekiaranya terdapat salah-silap, terlebih-terkurang mohon kemaafan dan keikhlasan.

Tuesday, August 23, 2011

MyStory: BERBUKA PUASA DI MUARA-KLANG

Assalamualaikum,

Sepanjang bulan puasa, boleh dikatakan kami hanya berbuka di rumah sahaja. Masak dan beli skit2 lauk di luar. 1 day Ayah bagi cadangan, apa kata next week kita berbuka kat luar. Mama suruh ayah pilih tempat. Last2 kami bersetuju utk pergi ke Muara di Klang.


Kami pilih hari Sabtu utk makan2 di sana supaya senang nak pegi/balik. Bila hari2 bekerja faham2 je laaa...penatnya lebih. 3 hari sebelum kami kesana Mama dah call utk buat booking tempat. Kalau tak booking....alamat tak bertempat dan tunggu orang lain siap makan dulu laaa jawapnya.
Lepas solat asar kami bertolak ke Klang. Alhamdulillah...hampir pukul 6 juga baru sampai kesana. Mama turun dulu tgk tempat yg dah booking and lepas tuuu..terus pilih makanan laut yg hendak di masak. Lepas pilih beratur punya laaa panjang nak timbang dan pilihan utk masakan.







inilah hasil tangkapan ku, tp lepas Ayah tengok dia tambah lagi beberapa ekor ikan.


nampak tuuu...ada agar2 pandan bersantan, Mama bawa dari rumah.




kenapa Areef ni pejam mata pulak?

dekat tepi2 benteng tuu ada ramai orang berjualan. Ada pulak tuu orang jual mercun...so apa lagi anak2 ku sangkut kat situ laaaa...