Wednesday, October 19, 2011

MyStory: Second Hand Katil Baby

Assalamualaikum semua.

Di sini Mama nak buat lelongan sedikit.  Ini adalah barang2 Mama semasa anak2  Mama lahir dulu. So sekarang Mama nak jual pd sesiapa yang mahu dengan harga yang murah2 saje. Dari di simpan jadi kayu reput lebih baik jual, orang lain boleh guna.

Kenapa Mama nk jual?....he...he...he.... Anak Mama yg kecil Azeem dah 2 tahun, so dia tak gunakan katil dahhh...kalo masuk dlm tuuu...alamat roboh laaaa.... tidu kat bawah lapik tilam...seluas alam dia boleh bergolek. 


Untuk katil A, skrg ni Mama simpan mcm tu saja, ruang dalam bilik pun dah jd terhad. Katil B pula Ayah dah lipat masukkan dalam sarung, so Mama terpaksa ambil gambar dari blog orang lain, kerana katil tersebut adalah sama.

Pada sesiapa yang hendak, sila contact/email Mama secepat mungkin. Jika hendakkan katil A tu beritahu Mama, samada nak kena bukak ke tidak...jika tidak, nanti masa ambil bawa kenderaan yg lebih besar sikit, takut tak muat. Kelebihannya... bila sampai rumah nanti, pembeli tak payah pasang dah. Cuma untuk katil B, jika nak suruh Ayah pasangkan, boleh juga, nanti masa ambil bawa kenderaan yg muat utk membawanya.



Katil A
RM180.00
Katil ini telah dijual pd Pn. Farah. Terima kasih yeee...





Katil B
Aksesori kat atas tu takde...cuma katil sahaja.
(tilam dan bantal, kena beli sendiri).
RM80.00


Barang C, Buaian. Mama jual murah juga. Buaian ni nanti Mama akan buka, supaya senang untuk di bawa.

 RM30.00


Monday, October 17, 2011

MyStory: Pesta Ekspo Konvokesyen UPM

Bismillahirahmanirahim....

Semenjak 2 menjak ini Mama berminat dengan tumbuh-tumbuhan. Mama beli tanah, beli pokok2 sayuran atau pokok yg boleh menghasilkan  tuaian utk makanan dan pasu2 bunga. Apabila Ayah beritahu ada pesta konvo di UPM, Mama tak fikir lain...dlm kepala dah plan nak beli tanah atau pokok2 buah2an.

Apabila sampai di tapak pesta, Mama tercari-cari orang yg jual pokok2 dan tanah. Bila jumpa saja..terus beli 1 kampit tanah. Agak mahal juga kerana dalam 1 bungkusan terdapat banyak campuran tanah. Tanah biasa, tanah organik dan baja. Pokok2 buahan memang banyak, tapi bila Mama beli nak tanam kat mana? So Mama cuma beli anak pokok lada hitam. Berpindah ke booth lainnya Mama beli lagi tanah 3 kampit. So cukup laaa tuu..nak buat tanaman benih2 cili, daun kari daun pandan, pokok limau dan daum kesum.





tengok pokok2 bunga memanglah geram...tapi tempat 
nak tanam dah takde.




Bila dah pegi bawa anak2 mcm2 laaa melayan kehendak mereka, nak naik mainan, naik melukis nak makan, nak minum....mcm2 hal. Mama sempat laaa juga pegi ke jualan pakaian dan tudung. Memang banyak, tapi harga tidaklah murah sangat...sama mcm harga di pasar2 atau Jalan TAR juga.

Pesta konyo ini berakhir pd 19 Oktober 2011. So kepada sesiapa yg nak terjah ke sana masih ada masa lagi.

Mari layannnnnnnnnnnnn karenah anak2 Mama ber-3 niii...



Azeem takut nak salam.

Abang stady je pejang tangan maskot tuu...

Friday, October 14, 2011

MyStory: Seminar Sehari Di Matrade

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua rakan2 dan saudaraku. Semoga sentiasa di dalam rahmat dan keberkatan dari Allah yg Esa.

2 hari lepas Mama berkesempatan utk menghadiri 1 seminar di Matrade Jln Duta. Kalau bukan sebab Boss suruh study and research berkaitan Geran Kerajaan yg di sediakan utk SME company mungkin Mama pun tak sampai kesana. 




Cabaran utama untuk kesana adalah lokasi pejabat Matrade yg Mama kurang pasti. Mama cuma tahu Jalan Duta. Dari jalan tu memang boleh nampak bangunan Matrade. So dalam hati tawakal je laaa... GPS memang takde...walaupun ada BBerry, tapi tak tahu dlm tu ada GPS (kesian sungguh...) Signboard jalan tak banyak yg ada tulisan Matrade...so bila hilang je tulisan tuu...Mama dah risau. Kalo sesat memang dah takde cara...tanya jeee orang2 tepi jalan.
Apa pun shyukur juga laaa coz rupanya jalan yg Mama masuk tu betul. So kira time tuu sampai memang awal sangat laaa...


Bila dah register, bila tengok agenda takde plak disediakan sarapan, so apa lagi..cari laaa cafe2 yg ada kat situ utk makan pagi.
Alhamdulliah, overal the seminar mencapai objektif utama, cuma tak pasti sama ada boleh implement or not to my company.


mari layannnn


cafe

dewan seminar


Monday, October 3, 2011

MyStory: Hari Prestasi Tadika Kristal Kreatif

Bismillahirahmanirahim.

Mungkin seperti tadika2 lain, sekolah mereka juga mengadakan hari prestasi bg membincangkan perkembangan pembelajaran anak2 di tadika. Pertemuan ini adalah bagi penggal ke-2. Penggal pertama telah diadakan pd bulan Jun lalu.



Setiap ibu bapa diperuntukan selama 15 minit bagi mengetahui perkembangan pembelajaran anak2 masing. Sebarang perbincangan, cadangan, komen berkaitan anak2 boleh dibentangkan pd ms pertemuan ini.





Anak Mama, Alia berada dalam kelas Silver. Terdapat 2 kelas bagi kanak2 5 tahun, kelas Silver dan Titanium. Guru kelas Alia, Teacher Nana. Sesi pertemuan Alia berakhir dalam pukul 11.45pagi, selepas kami merasa sedikit hidangan yg disediakan.

 Alia and Teacher Nana

 Alia and Teacher Izan (Headmaster TKK)

Terima kasih keapada semua guru2 di TKK.

Tuesday, September 27, 2011

MyStory: YUMMIE KEDAI BAKERY

Assalamuaalikum,



Hari ini Mama nk citer pasal, kedai Mama beli barang2 buat kuih-muih dan kek. 1st time pegi laa katakan...cukup teruga, coz harga barang2 agak murah dan mempunyai banyak pilihan. Pegi ni dah lama mlm lepas hantar Aref tuisyen kelas, kebetulan pulak kelas dia tuuu..selang 2 kedai dengan kedai bakery niii...so mlm tuuu tak ckp masa nak pilih brg. Dah laaa orang ramai, kedai tu besar...tp sebab brg banyak..jd laluan jln agak sempit.

Entry lepas Mama dah citer psl percubaan pertama Mama buat apam pokodot...so semua bahan2 tu Mama beli kat kedai niii... Mari layannnn...

Zazzzzzzzz....

berbagai jenis dan saiz cub cake


kotak-kotak untuk kek


acuan biskut


tepung, gula, bijirin dan lain2


perisa dan pewarna


tu dia anak daraku, tak pasti apa kat belakang dia tuuu...
so kalo sapa2 nak terjah kat Yummie silakan, semua adaaaa...

opppsss...lupa nak bagi landmark...kedai ni kat Seksyen 9 Bandar Baru Bangi.
tak jauh dari PKNS Bangi, Masjid Seksyen 9, Manjaku, Maybank.
cuba-cubalah cari yeee...pasti jumpa.

Monday, September 26, 2011

MyStory: TAMAN MINI

Assalamualaikum,

Bg memulakan kisah hari ini, Mama nak cerita psl taman sekangkang kera milik Mama. Taman ni terletak kat luar pintu pagar rumah. Mulanya dulu kat situ ada sepohon kayu yg mulanya kecik je, tapi bila dah 3 tahun, pokok tu jadi besar dan tinggi. Mama dan kakak Mama (kebetulan dia dtg rmh kakak time tuu...) telah menebang pokok dah besar tuuu...dibantu dgn bibik dan Azeem, budak lelaki kecik. Boleh tahan juga dahan dan ranting2nya masa pokok tuuu... Kami telah menarik dan mengangkut dahan/ranting pokok ke tepi sungai. Nasib baik langkah2 tersebut cepat dilakukan, coz skrg taman perumahan telah di pagar.

Berbalik kpd cerita taman mini tuu..Mama berkira2 setelah tanah2 rata...nk taman pokok mempelam laaa...jambu laaa... rambutan laaaa....smpaikan teringin gak nk tanam durian. Melampau betul imaginasi Mama ni, dgn keluasan 3 x 2 kaki apalaaaa..sangat yg boleh di tanam.

Bagi menafaatkan keluasan tersebut Mama bincang2 dgn bibik supaya kami boleh menanam pokok2 yg berguna terutama utk yg digunakan dalam masakan, seperti...pokok asin-asin, serai, kunyit, limau purut, kunyit, pokok daun kari dan secara tak sengaja, (kami tak tanam) pokok betik pun dah hidup kat situ.

layannnnnnnnnnnnn.....


beli anak pokok limau kat pasar tani bangi


serai, daun kari, kunyit, pokok asen2 dah mula hidup...


sapa pandai teka, pokok betik nii jantan ke betina?
kalau jantan, Mama ingat nak musnahkan jeeee...bleh tanam pokok lain kat situ.

Monday, September 19, 2011

MyStory: PERCUBAAN PERTAMA

Bismillahirahmanirahim.

Apa Mama dah buat yeee.....ha..ha..ha...orang lain dah teror buat kuih ni, Mama baru nak mencuba-cuba. W/end lepas Mama telah membuat Apam Pokodot. Buatnya senang saja, tapi prosesnya agak renyah. Buat sekali 2 adunan, berlagak time tuu..ingat sekejap je prosesnya....rupanya dari stat buat pukul 2.30petang sampai kul 5.30ptg. Mungkin sebab Mama buat banyak warna dan banyak jem...itu sebab jadi lama sangat.

Maaf kengkawan kat office, Mama tak sempat nak bawa, next time buat lagi Mama bawa utk you all.

dalam inti jem kiwi

inti jem strawberry dan oren

kurang 1 warna, hijau takde..... next time bleh letak warna hijau plak.


Ini pula adalah percubaan Mama yg ke-2.
Mama buat seminggu selepas percubaan pertama.