Assalamualaikum semua.
Di sini Mama nak buat lelongan sedikit. Ini adalah barang2 Mama semasa anak2 Mama lahir dulu. So sekarang Mama nak jual pd sesiapa yang mahu dengan harga yang murah2 saje. Dari di simpan jadi kayu reput lebih baik jual, orang lain boleh guna.
Kenapa Mama nk jual?....he...he...he.... Anak Mama yg kecil Azeem dah 2 tahun, so dia tak gunakan katil dahhh...kalo masuk dlm tuuu...alamat roboh laaaa.... tidu kat bawah lapik tilam...seluas alam dia boleh bergolek.
Untuk katil A, skrg ni Mama simpan mcm tu saja, ruang dalam bilik pun dah jd terhad. Katil B pula Ayah dah lipat masukkan dalam sarung, so Mama terpaksa ambil gambar dari blog orang lain, kerana katil tersebut adalah sama.
Pada sesiapa yang hendak, sila contact/email Mama secepat mungkin. Jika hendakkan katil A tu beritahu Mama, samada nak kena bukak ke tidak...jika tidak, nanti masa ambil bawa kenderaan yg lebih besar sikit, takut tak muat. Kelebihannya... bila sampai rumah nanti, pembeli tak payah pasang dah. Cuma untuk katil B, jika nak suruh Ayah pasangkan, boleh juga, nanti masa ambil bawa kenderaan yg muat utk membawanya.
Katil A
RM180.00
Katil ini telah dijual pd Pn. Farah. Terima kasih yeee...
Katil B
Aksesori kat atas tu takde...cuma katil sahaja.
(tilam dan bantal, kena beli sendiri).
(tilam dan bantal, kena beli sendiri).
RM80.00
Barang C, Buaian. Mama jual murah juga. Buaian ni nanti Mama akan buka, supaya senang untuk di bawa.
RM30.00