Tuesday, September 27, 2011

MyStory: YUMMIE KEDAI BAKERY

Assalamuaalikum,



Hari ini Mama nk citer pasal, kedai Mama beli barang2 buat kuih-muih dan kek. 1st time pegi laa katakan...cukup teruga, coz harga barang2 agak murah dan mempunyai banyak pilihan. Pegi ni dah lama mlm lepas hantar Aref tuisyen kelas, kebetulan pulak kelas dia tuuu..selang 2 kedai dengan kedai bakery niii...so mlm tuuu tak ckp masa nak pilih brg. Dah laaa orang ramai, kedai tu besar...tp sebab brg banyak..jd laluan jln agak sempit.

Entry lepas Mama dah citer psl percubaan pertama Mama buat apam pokodot...so semua bahan2 tu Mama beli kat kedai niii... Mari layannnn...

Zazzzzzzzz....

berbagai jenis dan saiz cub cake


kotak-kotak untuk kek


acuan biskut


tepung, gula, bijirin dan lain2


perisa dan pewarna


tu dia anak daraku, tak pasti apa kat belakang dia tuuu...
so kalo sapa2 nak terjah kat Yummie silakan, semua adaaaa...

opppsss...lupa nak bagi landmark...kedai ni kat Seksyen 9 Bandar Baru Bangi.
tak jauh dari PKNS Bangi, Masjid Seksyen 9, Manjaku, Maybank.
cuba-cubalah cari yeee...pasti jumpa.

Monday, September 26, 2011

MyStory: TAMAN MINI

Assalamualaikum,

Bg memulakan kisah hari ini, Mama nak cerita psl taman sekangkang kera milik Mama. Taman ni terletak kat luar pintu pagar rumah. Mulanya dulu kat situ ada sepohon kayu yg mulanya kecik je, tapi bila dah 3 tahun, pokok tu jadi besar dan tinggi. Mama dan kakak Mama (kebetulan dia dtg rmh kakak time tuu...) telah menebang pokok dah besar tuuu...dibantu dgn bibik dan Azeem, budak lelaki kecik. Boleh tahan juga dahan dan ranting2nya masa pokok tuuu... Kami telah menarik dan mengangkut dahan/ranting pokok ke tepi sungai. Nasib baik langkah2 tersebut cepat dilakukan, coz skrg taman perumahan telah di pagar.

Berbalik kpd cerita taman mini tuu..Mama berkira2 setelah tanah2 rata...nk taman pokok mempelam laaa...jambu laaa... rambutan laaaa....smpaikan teringin gak nk tanam durian. Melampau betul imaginasi Mama ni, dgn keluasan 3 x 2 kaki apalaaaa..sangat yg boleh di tanam.

Bagi menafaatkan keluasan tersebut Mama bincang2 dgn bibik supaya kami boleh menanam pokok2 yg berguna terutama utk yg digunakan dalam masakan, seperti...pokok asin-asin, serai, kunyit, limau purut, kunyit, pokok daun kari dan secara tak sengaja, (kami tak tanam) pokok betik pun dah hidup kat situ.

layannnnnnnnnnnnn.....


beli anak pokok limau kat pasar tani bangi


serai, daun kari, kunyit, pokok asen2 dah mula hidup...


sapa pandai teka, pokok betik nii jantan ke betina?
kalau jantan, Mama ingat nak musnahkan jeeee...bleh tanam pokok lain kat situ.

Monday, September 19, 2011

MyStory: PERCUBAAN PERTAMA

Bismillahirahmanirahim.

Apa Mama dah buat yeee.....ha..ha..ha...orang lain dah teror buat kuih ni, Mama baru nak mencuba-cuba. W/end lepas Mama telah membuat Apam Pokodot. Buatnya senang saja, tapi prosesnya agak renyah. Buat sekali 2 adunan, berlagak time tuu..ingat sekejap je prosesnya....rupanya dari stat buat pukul 2.30petang sampai kul 5.30ptg. Mungkin sebab Mama buat banyak warna dan banyak jem...itu sebab jadi lama sangat.

Maaf kengkawan kat office, Mama tak sempat nak bawa, next time buat lagi Mama bawa utk you all.

dalam inti jem kiwi

inti jem strawberry dan oren

kurang 1 warna, hijau takde..... next time bleh letak warna hijau plak.


Ini pula adalah percubaan Mama yg ke-2.
Mama buat seminggu selepas percubaan pertama.