Thursday, January 20, 2011

TUDUNG JEANS BERSULAM

Salam kepada semua... Sy terpaksa cepat nak upload tudung2 kali ni kerana khuatir esok/lusa tak sempat nak buat.  Dlm post yg lalu telah ditampilkan tudung jenis Jeans. Kali ini masih dengan material yg sama tp sedikit penambahan kerana jeans tersebut lebih istimewa, dijahit BERSULAM.
Harga yg diberikan amat berpatutan di samping kualiti yg amat cantik dan sulaman yg menarik. Jangan tak oder nanti terlepassssss....coz stok amat terhad.

JB1 - 1 set available
JB2 - 2 set available


JB3 - 2 set available
JB4 - 2 set available

TUDUNG JEANS eZI

Salam semua...
Kali ini saya pamerkan tudung yang mengandungi meterial kain JEANS. Biasa orang memakai seluar jeans, baju Denim, barulah nampak Ranggi. Tapi bila dipakaikan pula sedondong dgn tudung Jeans, mesti lebih menarik dan Feminin...so apa lg difikir...beli cepat sebelum kehabisannn..

JeZi 1 - 2 set available

JeZi 2 - 1 set only available

JeZi 3 - 2 set (Reserved Aniza)

JeZi 4 - 4 set (Reserved Juliana)

JeZi 5 - 2 set available

TUDUNG KODROI BERCORAK

Assalamualaikum wbk... kepada semua wanita2 yg saya kenali semoga anda terus gembira mengenali saya dan salam perkenalan kepada wanita2 lain, semoga selepas cik/puan/datin/puan sri/puteri-puteri mengenali saya, keakraban kita akan terjalin dan berpanjangan.
Sebagai pemangkin masa hadapan, di sini saya menjalan perniagaan online secara sambilan. Tudung-tudung yg dijual biasanya jarang-jarang ditemui di kedai-kedai mahupun pasar-pasar malam.
Sila buat tempahan dan bayaran sebelum kehabisan dan jangan lupa SMS, Email atau YM untuk pengesahan penerimaan pesanan. Sy akan membuat pengesahan sebaik sahaja menerima pesanan anda.


TKC1-2 set available
TKC2-2 set available

TKC3-2 set available
TKC4-2 set available

 
TKC5-1 set available

BIRTHDAY PARTY KIDS

Yeszerrrr....finally saya telah berjaya menyediakan barang2 yg hendak saya jual. Dengan itu sila lihat dan jangan segan2 untuk membuat pesanan. Namum begitu sebelum membuat sebarang pesanan sila baca maklumat ringkas berkaitan cara2 membuat pesanan, membuat bayaran dan penerimaan barang.
Saya merasa senang apabila anda gembiran dengan apa yg saya sediakan. Insyallah dari masa ke semasa saya akan tambah barang2 lain juga. Dengan itu sentiasalah melayari blog saya dan click iklan2 Free yang ada di dalamnya. Anda pasti gembira..... la..la...laaa..laaa...la..

BIRTHDAY PARTY BEG: Kod BG1-BG9




BIRTHDAY PARTY  DECORATION: Kod D1




PRI JOINT BANNER: Kod D2

Wednesday, January 19, 2011

MyStory: Gotong Royong Taman-9 Januari 2011

Berikut adalah aktiviti pertama untuk tahun ini bg pendudukan taman perumahan Seksyen 8, Fasa 2 Bandar Baru Bangi. Memandangkan negeri selangor katanya adalah negeri yg paling tertinggi catatan denggi, maka gotong royong ini adalah untuk membersihkan longkang2 dan kawasan sekitar taman.
Selain penduduk taman gotong royong ini disertai juga oleh Kementerian Kesihatan dari Kajang, Majlis Perbandaran Kajang dan Alam Flora.


Mengikut aturcara yg telah diberikan, pg2 diadakan senamrobik. Mama joint tp ambik gambar jeee... ayah yg joint bersenam. Anak2 pula lebih kepada sibuk bermain. Mama tak pasti Instructer dr mana mereka ambil, tapi OK laaa.....


Dah berpeluh semua, breakfast kenyang2, briefing dari wakil Kem. Kesihatan Hospital Kajang berkenaan denggi. barulah stat buat keje. Hanya orang2 lelaki yg diarahkan membersihakan persekitaran taman. Meraka dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Manakala kaum wanita mengemas dan membersihkan surau.

Setelah surau bersih, acara kanak2 pula menyusul. Peraduan mewarna.


Time penutup majlis pukul 11.30pg, mama dah balik rumah. Azeem dah penat. Sampai rumah baring terus dia tertidur.

Monday, January 10, 2011

MyStory: Hari Yuran Sek Keb Sg Ramal Dalam-8 Januari 2011

Mama dh lama tinggalkan zaman persekolahan. Masa sek dulu pun tak ingat dah masa bila arwah abah bayar yuran. Jumlahnya pun mama dah tak ingat. Agaknya ada ke sampai mencecah RM100 kat sek kampung ms tuuuu....?? Last saturday adalah hari untuk ibubapa membayar yuran sek kebangsaan Areef. Kami pergi semua....coz Alia nak tengok sek Areef dan Azeem pula bg peluang kat dia berjalan dan berlari. Ayah ambik no giliran untuk berjumpa cikgu.





Yuran dibayar ikut kelas masing-masing. Selepas diadakan saringan hari Rabu lepas, Areef dah bertukar kelas ke Darjah 1 Amanah. Mama tak pasti nk ckp mcm mana penyusunan pelajar mengikut kelas2 yg ada, bijak, terlebih bijak, pandai terlebih pandai, cedik, kurang cerdik atau kurang pandai. Pd mama di peringkat awal persekolah ni...susah nak kategorikan mereka niii...coz mood belajar di peringkat ni tak boleh dipaksa. Nanti bila dah pandai membaca dan mengira, barulah boleh dilihat perkembangan mereka secara lebih meluas.
Tahun 1 cuma ada 5 kelas saja - OPTIMIS, KREATIF, DEDIKASI, AMANAH  dan BESTARI.

Friday, January 7, 2011

MyStory: BlackBerry Datang Lagi

Hari ni ada sampai 6 biji blackberry lagi. Tempohari oder 9, tapi yg sampai 6. Masalahnya BB ni bukan mama punya, tp untuk staf dalam company ni. Tengok dia orang dapat benda baru, terasa nak BB baru juga...tp nk buat apa banyak-banyak. 1 yg ada pun dah cukup berharga. Maka dengan itu jaga je laaa yang ada ni sebaik-baiknya.

Pd staf yang dapat, Selamat BerBBM. Jangan lupa beritahu semua orang no h/phone dan pin no.

Thursday, January 6, 2011

MyStory: Ditinggalkan Van Sekolah-4 Januari 2011

Hari ni Areef belajar naik van sek. Tp risaukan keadaan dia yg mula2 nak naik kenderaan awam, mama keluar time lunch balik tadika Alia (transit) utk tengok Areef. Smp sana, van sekolah dah tunggu dia, so sempat laaa tengok dia pg. Nmpk muka dia mcm nk nangis.


Petang masa balik keje, hujan lebat sampai tahap banjir. Dalam hati harap2 Areef dah sampai tadika Alia. Masa dah nk sampai area taman rumah, jam dah pukul 7.10mlm, tetiba h/phone bunyi..... 'ini mama Areef ke, sapa ambik dia balik sek?'.....alamak Areef tak balik lg..... panik sekejap rasanya....knpa dia tak naik van sek???  Bila sampai sek dia, hari dah gelap, tinggal dia sorang2 kat sekolah dengan cikgu yg tinggal kat sek tu. Kesian tengok muka dia...sedihhh jeee. Mama tanya dia, kenapa tak naik van sek ms balik tadi, dia bleh ckp dia tak tahu nk naik van yg mana satu....Aduiisss.....


Mama terpaksa beritahu cikgu, mulai esok tolong naikkan Areef bas sekolah yg sepatutnya dia naik.

MyStory:1st Day Sekolah Agama (Kelas Tahfiz Ummah)

3 Januari 2011
Hari pertama ni mama hantar dan ambil Areff, tp mula esok Areef kena pg sendiri naik van sekolah.


Kelas ni dalam rumah teres 2 tingkat. Semua bilik dalam rumah dijadikan kelas. Pelajar semua duduk bersila.
Bila Areef masuk dlm kelas, dia sorang je lelaki, yg lain semua perempuan. Tak sangka lepas tu, ada sorang kawan dia sama 1 taman juga sek kat situ, so Areef dah ada kawan.


Masa ambik waktu balik hujan lebat, selebatnya. Lepas ambik Areef, terus pegi ambik Azeem kat nurseri di BTS. On the way pg sana Areef dah tido dlm kereta. Kepenatan sangat dia hari ni.... pg sek kebangsaan, petang plak sek agama. Tp bila time cuti duduk rumah suruh tido tak mahu tido. Takpe laaa..biar dia sesuaikan keadaan diri dia, nanti dah lama2 mesti dah lali dgn siatuasi mcm ni.

MyStory: 1st Day Sekolah-3 Januari 2011

Ini adalah kisah anak mama yg masuk darjah 1 di Sek Keb. Sg. Ramal Dalam. Walaupun ayah sibuk, tp dia tak lupa tanggungjawab utk hantar Areef sek pg ni. Mama pula sibuk uruskan Alia nk pegi tadika dan Azeem pula nangis nk ikut ayah pegi hantar Areef. Memang kalut rasanya hari pertama, minggu pertama dan bulan pertama.
Ayah tak tunggu Areff dekat sek, mcm ibubapa lain, sebab Areef dah biasa dgn kawasan dan suasana sek tu. Setahun yg lalu, masa Pra-Sekolah, Areef  dekat situ juga, cuma kelas dan bangunan yang lain, so mama tak risau.
Areef akan keluar kelas pukul 12.40tgh. So mama plan nak pg awal, nak tengok dia mcm mn dekat kelas. Mama smp sek pukul 12.00tgh. Tanya pelajar lama, mn bangunan utk pelajar darjah 1? dia kata  kat blok bawah sebelah padang. Mama pg sana naik tingkat 1, cek setiap kelas.....tak nmpk Areef, round sekali lg cek plak list nama dekat pintu....takde juga.....iskkk..mn plak kelas Areef niiii.... Mama turun, terjumpa seorang cikgu, tanya dia...mn lg ada kelas utk darjah 1? So dia ckp laaaa....ada 1 kelas lg utk darjah 1 dekat barisan bilik guru.... Pegi la dekat sana, tp dlm hati ni rasa pelik, kenapa 1 kelas niii... tercampak dekat sini.... Mama intai dulu....ada tak kelibat Areef dalam kelas....Alhamdulillah... ada.... tengah pegang belon. 1 kelas dapat belon dan tulis nama masing2.
Masa nk balik cikgu suruh beratur utk keluar kelas, Areef ni badan kecik, tp dia beratur dekat belakang. Apa pun hari pertama untuk sek. keb. Areef tidak menghadapi masalah, malah dia seronok coz ramai kawan.









MyStory: Persediaan Akhir Menjelang Sekolah

30 Disember 2010.
Baju, kasut, beg dan peralatan sekolah semua dah ready..... tinggal lg empunya tubuh badan kena grooming skit....sepanjang cuti sekolah....badan tak terurus....main atau tengok tv jeee. Selain kuku, rambut budak-budak ni nk kena kasi pendek dulu.
Mula-mula bawa Areef dulu potong rambut. Kebetulan nak ambil Azeem dekat nurseri, singgah potong rambut dekat kedai gunting di BTS. Tak tahu nak cari fesyen yg perlbagai.....habis citer potong pendek terus.



1 Januari 2011
Today turn my Princes pula. Rambut potong pendek. Tiap kali mandi pagi atau petang selalu basah rambut, so bila dah pendek tak susah nk sikat. Jika tidak selalu mengadu rambut kusut.

MyStory: G2gym

Wahhhh...semangat nk bergym plak. Dalam sibuk2 nk buat persiapan anak2 sekolah sempat meninjau pusat gym kat bangi. Sesaja nk tengok tempat tu mcm mana....so jumpa laaa bertanya itu... ini dan begitu ..begini... Last-last mama dah register utk 3 bulan sekali guss....ambik engkau... Bayarannya agak murah juga berbanding tempat2 lain.


Mama ambik package gym, dancing dan body toning. Dancing dan body toning bukan tiap hari, selang2 hari. Yang bestnya... tempat ni diasingkan dengan bahagian lelaki. So kalau yg ladies ni nak bukak tudung, pakai pakaian yang tied pun tak kisah. Ruang solat dan tempat mandi juga disediakan.

Walaupun mama dah register, tp nk stat mungkin lambat skit, coz bila dah bergym sapa plak nak jaga anak2 mama ber-3 tu. So aktiviti ni akan bermula bila maid mama dah sampai nanti.